BENTUK MASYARAKAT MADANI BERTERASKAN NILAI, ILMU DAN KECEMERLANGAN

YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor pada Sesi Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Temenggong Ibrahim. | Foto MDJ Aisyah Mazalan
#JohorBahru – YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri menegaskan bahawa cita-cita negara MADANI bukan sekadar membangunkan ekonomi yang hebat dan memiliki teknologi canggih, sebaliknya membentuk masyarakat yang bertaut pada nilai, kemanusiaan, akhlak serta penguasaan ilmu dan kecemerlangan.
Dalam Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035 dengan fokus utama tujuh teras strategik, tumpuan pendidikan telah diolah dalam konteks tuntutan semasa dan masa hadapan, pembinaan pusat kecemerlangan secara holistik dan mengoptimumkan potensi setiap murid di negara ini.
Sebagai menyokong kepada komitmen berkenaan, Perdana Menteri menitipkan pesanan kepada warga pendidikan khususnya pelajar di semua institusi pendidikan agar menguasai ilmu dengan sifat tawaduk, memiliki keikhlasan serta iltizam untuk terus berusaha mencapai kejayaan.
Terdahulu, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim diiringi YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor hadir ke Sesi Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Temenggong Ibrahim, hari ini.
Pada majlis tersebut, Perdana Menteri menyantuni warga institut berkenaan selain meluangkan masa dalam sesi soal jawab bersama penuntut IPG Kampus Temenggong Ibrahim, pelajar Tingkatan Enam daerah Johor Bahru dan guru lantikan baharu yang hadir.
Hadir sama, YB Puan Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan; YB Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor; YBrs. Dr. Yazid Abdul Manap, Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia serta YBrs. Dr. Wan Noor Siah Wan Abdullah, Pengarah IPG Kampus Temenggong Ibrahim.
#JohorSafeZone
#PendidikanBerkualiti
#IPGKTI
#IPGM
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


