JOHOR TIGERS MENANG BESAR, MARA KE SEPARUH AKHIR

Johor Tigers mengesahkan slot ke separuh akhir Kejohanan Ragbi Piala Agong 2026 selepas menewaskan Kuala Lumpur 75-26 di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), sekali gus merekodkan kemenangan terbesar saingan musim ini.
#IskandarPuteri – Pasukan ragbi Johor Tigers mengesahkan tempat di separuh akhir Kejohanan Ragbi Piala Agong 2026 Edisi Ke-42 selepas membelasah pasukan Kuala Lumpur dengan keputusan muktamad 75-26 pada aksi suku akhir yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG).
Skuad bimbingan Rodney So’oialo, bekas kapten pasukan All Blacks mempamerkan aksi konsisten dan semangat juang tinggi sebelum menamatkan perlawanan dengan kemenangan terbesar bagi saingan Piala Agong musim ini.
Prestasi cemerlang Johor Tigers menguasai Kumpulan B dengan kejayaan menyapu bersih semua perlawanan peringkat kumpulan mencerahkan lagi peluang mereka untuk memburu kejuaraan.
Saingan separuh akhir dijangka berlangsung lebih sengit apabila pasukan terbaik negara seperti Kelantan, Terengganu dan juara bertahan, PDRM melepasi peringkat suku akhir untuk terus memburu tempat ke pentas perlawanan akhir.
Perlawanan separuh akhir Piala Agong 2026 bakal menyaksikan Johor Tigers menentang Kelantan pada 20 Jun 2026 di Stadium MBPG.
#JohorSafeZone
#JohorTigers
#PialaAgong2026
#SukanMDJ
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


