TODAK ACADEMY PERKUKUH HAB PENDIDIKAN DIGITAL JOHOR

Johor menjadi hab pendidikan digital kelima yang diwujudkan oleh Todak Academy selepas Melaka, Pahang, Perak dan Sarawak, selain menjadi hab terakhir yang dilancarkan bagi tahun 2026 dalam usaha memperluaskan rangkaian pendidikan digital ke seluruh Malaysia. | Foto Todak Academy
#IskandarPuteri – Todak Academy kini memperkukuh pembangunan bakat digital di negeri ini menerusi pelancaran Hab Pendidikan Digital Johor, sekali gus memperluaskan akses pendidikan berasaskan teknologi khususnya kepada generasi muda.
Johor menjadi hab pendidikan digital kelima yang diwujudkan oleh Todak Academy selepas Melaka, Pahang, Perak dan Sarawak, selain menjadi hab terakhir yang dilancarkan bagi tahun 2026 dalam usaha memperluaskan rangkaian pendidikan digital ke seluruh Malaysia.
Hab berkenaan akan menempatkan bakat digital dari peringkat sekolah bagi memberi pendedahan secara praktikal dalam bidang Kecerdasan Buatan (AI), pengaturcaraan, robotik, pembangunan permainan digital, animasi 3D, kandungan digital dan pendidikan e-sukan bagi meneroka kemahiran yang diperlukan dalam ekonomi digital.
Kerjasama antara Todak Academy, Kerajaan Johor, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), sekolah, pendidik dan pemain industri ini selari dengan aspirasi Maju Johor 2030 dalam memperkasa modal insan dengan kemahiran yang relevan terhadap perubahan teknologi serta keperluan ekonomi masa hadapan.
Inisiatif yang dilaksanakan oleh Todak Academy ini turut membantu membentuk rantaian pembangunan bakat yang lebih menyeluruh, bermula dengan pendedahan teknologi di peringkat sekolah sebelum ia kemudiannya akan diteruskan ke pendidikan tinggi, latihan kemahiran dan peluang kerjaya dalam industri digital serta kreatif.
Terdahulu, YBhg. Tuan Sr. Zalhafiz Hamzah, Penolong Setiausaha Kanan, Sektor Kesihatan, Pendidikan, Penerangan, Digital dan Alam Sekitar, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor (BPENJ) mewakili YB Dr. Muhammad Naqib Md Ghazali, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor merasmikan Majlis Perasmian Hab Pendidikan Digital Todak Academy (Johor) di Taman Mount Austin, Johor Bahru, hari ini.
#JohorSafeZone
#TodakAcademy
#DigitalJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


