JOHOR PERKUKUH TARIKAN PELABURAN BERNILAI TINGGI

YB Tuan Lee Ting Han, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Johor menerima kunjungan hormat daripada HKETO Cawangan Kuala Lumpur bagi memperluas jaringan ekonomi serta meneroka peluang pelaburan bernilai tinggi di Johor. | Foto FB Lee Ting Han
#IskandarPuteri – Johor terus memperkukuh usaha menarik lebih banyak pelaburan berkualiti dan bernilai tinggi menerusi hubungan strategik bersama komuniti perniagaan antarabangsa, termasuk pelabur dari Hong Kong.
Pertemuan bersama Pejabat Ekonomi dan Perdagangan Hong Kong (HKETO) Cawangan Kuala Lumpur turut memberi ruang untuk memperkenalkan perkembangan ekonomi Johor, hala tuju pembangunan negeri serta sektor-sektor industri yang mempunyai potensi untuk diterokai oleh pelabur dari wilayah kepulauan kewangan berkenaan.
Tumpuan turut diberikan kepada peluang pelaburan dalam sektor bernilai tinggi yang berupaya melengkapi ekosistem industri sedia ada, membawa masuk teknologi dan kepakaran serta mewujudkan limpahan ekonomi yang lebih besar kepada Johor.
Kedudukan strategik Johor yang bersempadan dengan Singapura, jaringan logistik dan pelabuhan antarabangsa, ekosistem perindustrian yang matang serta ketersediaan kawasan industri menjadi antara kelebihan yang di miliki negeri ini untuk terus meningkatkan daya tarikan kepada pelabur antarabangsa.
Minat daripada Hong Kong turut dapat dilihat menerusi kehadiran syarikat seperti EcoCeres yang telah bertapak di Johor dengan operasi berkaitan bahan api mampan, sekali gus mencerminkan potensi hubungan ekonomi yang boleh terus dikembangkan pada masa akan datang.
Usaha menarik pelaburan bernilai tinggi akan terus diperkukuh melalui jaringan dengan rakan ekonomi antarabangsa bagi mengenal pasti peluang baharu serta memastikan potensi pelaburan dapat diterjemahkan kepada projek yang memberi nilai tambah kepada ekonomi negeri.
Pelaburan yang berkualiti turut diharap dapat memperkukuh rantaian industri, membawa teknologi dan kepakaran baharu serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti kepada Bangsa Johor.
Terdahulu, YB Tuan Lee Ting Han, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Johor menerima kunjungan hormat daripada HKETO Cawangan Kuala Lumpur bagi memperluas jaringan ekonomi serta meneroka peluang pelaburan bernilai tinggi di Johor.
#JohorSafeZone
#PelaburanJohor
#PelaburanBernilaiTinggi
#JohorHomeOfChampions
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



