DOKUMENTARI UNTAMED JAWAB SEGALA PERTANYAAN DAN KRITIKAN

Secara keseluruhannya, UNTAMED menjadi bukti dan justifikasi kukuh bagaimana impian seorang pemilik mampu mengubah landskap bola sepak tempatan, seterusnya melonjakkan nama kelab sebagai kuasa besar yang disegani di pentas dunia.
Kebiasaannya, dokumentari bola sepak sering kali memfokuskan kepada rentetan kejayaan dan trofi yang dijulang.
Berbeza dengan UNTAMED, dokumentari khas berdurasi 76 minit ini memilih untuk menyingkap segala jerih payah dan pengorbanan di sebalik pembentukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sejak hari pertama ditubuhkan.
Bagi penyokong tegar Harimau Selatan, UNTAMED ialah sebuah naskhah penting yang mengimbas kembali titik mula kelab, sebuah perjalanan penuh emosi yang membuktikan bagaimana JDT bangkit daripada tiada apa-apa sejak 2013.
Watak utama di sebalik kanvas penuh pancaroba ini tidak lain dan tidak bukan ialah DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor merangkap pemilik JDT. Luarannya, umum mengenali Baginda sebagai figura yang tegas dan lantang.
Bagaimanapun, UNTAMED menawarkan sisi berbeza yang jarang dilihat awam dan menceritakan perspektif peribadi seorang pemimpin yang sanggup ‘hands-on’ dan mengorbankan segalanya demi memastikan JDT mencipta fenomena.
Menerusi dokumentari ini, penonton dibawa menyelami visi serta misi luar biasa Tunku Ismail dalam memacu JDT daripada sebuah kelab kerdil sehingga berjaya mendominasi saingan dengan kejuaraan Liga Super Malaysia sebanyak 12 kali berturut-turut.
Secara keseluruhannya, UNTAMED menjadi bukti dan justifikasi kukuh bagaimana impian seorang pemilik mampu mengubah landskap bola sepak tempatan, seterusnya melonjakkan nama kelab sebagai kuasa besar yang disegani di pentas dunia.
Menonton naskhah ini akan menjentik emosi setiap penyokong yang telah setia bersama kelab mengharungi detik suka dan duka. Lebih daripada sekadar hiburan, UNTAMED memberikan gambaran jelas kepada peminat sukan tanah air tentang betapa impak kepimpinan yang berjiwa besar mampu membawa pulangan luar biasa kepada kemajuan bola sepak negara.
Bagi yang enggan melepaskan peluang menyaksikan naskhah bersejarah ini, anda boleh mendapatkan pas bermusim pada harga RM69 melalui laman web rasmi JDT+. Langganan ini memberikan akses penuh tanpa had kepada dokumentari UNTAMED, siri original, kandungan eksklusif baharu serta paparan di sebalik tabir sepanjang musim 2026/2027.
Luaskan Kuasamu Johor! 🔵🔴
#JohorSafeZone
#JDT+
#Untamed
#TheTMJeffect
#WeAreAMovement
#SukanMDJ
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


