YPKDT TERUS PERKASA USAHAWAN WANITA, SOKONG PERNIAGAAN KECIL

Kerajaan Negeri komited untuk memastikan manfaat Belanjawan Johor 2026 dapat disampaikan kepada rakyat melalui sokongan seperti bantuan peralatan perniagaan yang dapat mengurangkan beban penyediaan modal, meningkatkan kapasiti pengeluaran dan memperkemas operasi perniagaan. | Foto MDJ Nazreen Aimie
#IskandarPuteri – Peralatan yang lebih baik, operasi lebih lancar dan peluang untuk mengembangkan perniagaan menjadi antara manfaat yang dinikmati usahawan tempatan menerusi inisiatif Bantuan Peralatan Asas Perniagaan 2026.
Inisiatif berkenaan digerakkan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) itu terus memperkukuh sokongan kepada usahawan kecil dalam menyediakan bantuan peralatan bersesuaian bagi meningkatkan keupayaan operasi serta produktiviti perniagaan.
Bagi Puan Hazahismah Ismail, 50, memberitahu bantuan peralatan daripada Kerajaan Negeri menerusi YPKDT itu menjadi satu suntikan semangat untuk mengembangkan lagi perniagaan bawang goreng miliknya apabila menerima peralatan ‘Stainless Steel Kuali Range 2 Burner High Pressure’.
Beliau yang menerima dua unit kuali bersama dapur itu berharap bantuan berkenaan akan membolehkannya meningkatkan lagi kapasiti pengeluaran produk bawang goreng dengan lebih cepat dan efisien berbanding sebelum ini yang hanya menggunakan satu unit kuali sahaja.
Puan Intan Syafinaz Abu Talib, 46 yang mengusahakan perniagaan gerai makanan di Pekan Air Baloi, Pontian, pula mengakui bantuan sebuah ‘gas deep fryer’ yang diterimanya menjadi satu kemudahan bermakna dalam menguruskan operasi perniagaannya, khususnya ketika berniaga di luar kawasan rumah.
Menurutnya, penggunaan peralatan tersebut lebih praktikal dan mudah dibawa berbanding kaedah memasak menggunakan kuali besar sebelum ini, sekali gus memudahkan urusan penyediaan makanan bergoreng kepada pelanggan.
Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk memastikan manfaat Belanjawan Johor 2026 dapat disampaikan kepada rakyat melalui sokongan dalam pelbagai bentuk seperti bantuan peralatan perniagaan yang dapat mengurangkan beban penyediaan modal, meningkatkan kapasiti pengeluaran dan memperkemas operasi perniagaan.
Menerusi Belanjawan Johor 2026, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM2.5 juta bagi Program Pemerkasaan Sokongan Ekonomi Wanita & Golongan Sasar di bawah Teras 3: Jaringan Keselamatan Sosial sebagai usaha memperluas sokongan ekonomi, khususnya kepada golongan wanita dan kumpulan sasar.
#JohorSafeZone
#YPKDT
#BelanjawanJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


