KEMUDAHAN RIADAH YONG PENG KINI TAMPIL DENGAN WAJAH BAHARU

Kerajaan Negeri Johor berharap kemudahan taman rekreasi yang telah dinaik taraf itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya sekali gus menjadi ruang riadah yang menggalakkan interaksi serta aktiviti kekeluargaan dalam kalangan komuniti setempat. | Foto FB AH SOON
#IskandarPuteri – Taman Kota Aman Yong Peng kini berwajah baharu selepas projek naik taraf kemudahan taman permainan itu siap sepenuhnya menerusi peruntukan sebanyak RM200,000 daripada Jabatan Landskap Negeri Johor.
Projek berkenaan bertujuan untuk menyediakan persekitaran rekreasi yang lebih menarik, selesa dan ceria supaya ia dapat dimanfaatkan masyarakat setempat, khususnya kanak-kanak serta keluarga.
Seiring dengan penyempurnaan projek itu, kemudahan taman permainan berkenaan turut diserahkan kepada Majlis Daerah Yong Peng (MDYP) bagi tujuan pengurusan dan penyelenggaraan demi memastikan kemudahan awam tersebut terus berada dalam keadaan baik.
Selain menjadi lokasi permainan kanak-kanak, taman berkenaan turut menyediakan peralatan riadah yang membolehkan pengunjung melakukan aktiviti fizikal dalam suasana santai bersama keluarga.
Kerajaan Negeri Johor berharap kemudahan yang telah dinaik taraf itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga Yong Peng, sekali gus ia menjadi ruang riadah yang menggalakkan interaksi serta aktiviti kekeluargaan dalam kalangan komuniti setempat.
Terdahulu, Majlis Pelancaran Taman Rekreasi berkenaan disempurnakan oleh YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, bersama Encik Khirul Nizam bin Mat Said Pengarah Jabatan Landskap Negeri Johor.
#JohorSafeZone
#YongPeng
#AlamSekitar
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



