JOHOR TIGERS DOMINASI PENTAS NATIONAL 7S 2026

Kegemilangan ini menjadi aset penting kepada negara dalam membentuk barisan mantap skuad kebangsaan menjelang temasya Sukan SEA Malaysia 2027.
Dominasi mutlak Kesatuan Ragbi Johor (JRU) terserlah pada Kejohanan Ragbi 7 Sebelah Kebangsaan 2026 (National 7S 2026) anjuran Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) yang melabuhkan tirai di Kuala Nerus, Terengganu pada 15 November 2026 apabila kontinjen Johor menyapu bersih tiga daripada empat gelaran juara selepas menewaskan Selangor dalam ketiga-tiga aksi perlawanan akhir.
Skuad Johor Tigers mengungguli kategori Lelaki Terbuka dengan keputusan 10–5, diikuti kemenangan bergaya dalam kategori Lelaki Bawah 20 Tahun (12–7) serta Wanita Bawah 20 Tahun (31–5), sekali gus menebus kekecewaan di pentas Sukan Malaysia (SUKMA) terdahulu dan mengukuhkan status Johor sebagai kuasa baharu sukan ragbi tanah air melalui keunggulan tanpa tandingan tersebut.
Kejayaan gemilang skuad Johor Tigers bukanlah satu kebetulan, sebaliknya hasil visi jauh DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang sentiasa komited mentransformasikan negeri ini sebagai kuasa besar sukan negara. Baginda percaya bahawa kecemerlangan sukan memerlukan gabungan pengurusan moden, disiplin tinggi serta pendedahan kepada standard permainan bertaraf dunia.
Pelbagai inisiatif berimpak tinggi telah digerakkan bagi merombak struktur pembangunan ragbi negeri, termasuk langkah berani membawa masuk kepakaran global bagi melonjakkan kualiti taktikal dan keyakinan pemain tempatan. Hasilnya, inisiatif ini telah berjaya membentuk mentaliti menang dalam kalangan atlet serta barisan kejurulatihan untuk bersaing di peringkat domestik dan antarabangsa.
Selain perancangan strategik di peringkat pengurusan, lonjakan prestasi skuad Johor Tigers turut mendapat sentuhan magis bekas pemain terkemuka dunia merangkap Duta Sukan Johor, Sonny Bill Williams apabila legenda All Blacks dari New Zealand itu berkongsi kepakaran teknikal dan pengalaman luasnya di pentas Piala Dunia Ragbi untuk menyuntik keyakinan luar biasa kepada pemain tempatan. Perkongsian ilmu dan hala tuju daripada ikon bertaraf global tersebut menjadi pemangkin kepada kematangan taktikal pasukan yang membolehkan skuad Johor beraksi dengan penuh disiplin, tenang dan berintensiti tinggi sepanjang kejohanan berlangsung.
Keunggulan berpasukan Johor Tigers turut diserlahkan melalui pengiktirafan individu apabila tiga tonggak mereka dinobatkan sebagai Pemain Terbaik kejohanan bagi kategori masing-masing, diketuai oleh Ahmad Danny Anuar bin Ahmad Nazri yang merangkul anugerah berprestij kategori Lelaki Terbuka atas aksi konsisten dan kepimpinan cemerlang di atas padang.
Bakat pelapis Johor turut mencuri tumpuan apabila Muhammad Murtadha Hadi bin Khairiel Hafiz memenangi gelaran Pemain Terbaik kategori Lelaki Bawah 20 Tahun, manakala Nur Irma Damia binti Mohd Nizam pula mengungguli anugerah sama bagi kategori Wanita Bawah 20 Tahun.
Pencapaian membanggakan di kejohanan berprestij ini menjadi bukti nyata keberkesanan ekosistem sukan yang dibangunkan di Johor apabila gabungan kepimpinan berwawasan DYAM Tunku Mahkota Ismail dan bimbingan ikon bertaraf dunia seperti Sonny Bill Williams serta dedikasi barisan pemain muda dan senior berjaya meletakkan Johor Tigers di kelas yang tersendiri.
Bukan sahaja mengharumkan nama negeri, malah kegemilangan ini menjadi aset penting kepada negara dalam membentuk barisan mantap skuad kebangsaan menjelang temasya Sukan SEA Malaysia 2027.
Luaskan Kuasamu Johor!
#JohorSafeZone
#JohorRugbyUnion
#JohorTigers
#National7S2026
#TheTMJeffect
#WeAreAMovement
#SukanMDJ
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


