TERIMA KASIH SULTAN JOHOR, KERAJAAN NEGERI.. FLAT KAMI SEMAKIN BERSIH


Penghuni di Flat Taman Ungku Tun Aminah (TUTA) berasa bersyukur kerana banyak kerja pembersihan dilakukan selepas titah DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar terhadap tahap kebersihan di kawasan itu.

 

JOHOR BAHRU — Penghuni di Flat Taman Ungku Tun Aminah (TUTA) berasa bersyukur kerana banyak kerja pembersihan dilakukan selepas titah DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar terhadap tahap kebersihan di kawasan itu.

 

Penduduk, Rozana Abu Bakar, 47, berkata banyak kerja-kerja pembersihan kerap dilakukan dan tahap kebersihan persekitaran di kawasan flat ini dilihat semakin baik.

S. Kogilavane, 30, berkata beliau berharap perkara seterusnya yang perlu diberi keutamaan ialah berkaitan kerja penyelanggaraan saluran longkang di flat yang sudah berusia 40 tahun ini

 

Katanya, beliau secara peribadi memberikan penghargaan utama kepada Baginda Tuanku kerana mengetengahkan isu ini sehingga keadaan flat ini semakin bersih dan lebih selesa.

 

“Terima kasih kepada DYMM Sultan Johor kerana saya nampak banyak kerja pembersihan yang dibuat secara besar-besaran sejak minggu lepas lagi dan banyak perubahan kami lihat seperti longgokan sampah yang selama ini sudah lama terbiar telah pun dibersihkan,”

 

“Di sini masalah utama adalah sampah. Kami duduk di flat dan tidak ada tempat untuk membuang sampah dan lebih baik jika diletakkan tong sampah di satu tempat bagi memudahkan penghuni hendak buang sampah besar seperti tilam dan perabot lama sebab mereka tiada kenderaan untuk buang kalau tong sampah jauh,” katanya.

 

Sementara itu, penduduk S. Kogilavane, 30, berkata beliau berharap perkara seterusnya yang perlu diberi keutamaan ialah berkaitan kerja penyelanggaraan saluran longkang di flat yang sudah berusia 40 tahun ini.

 

“Saya rasa longkang dekat sini sangat kotor dan perlu dibersihkan kerana boleh menyebabkan pembiakan serangga perosak dan juga masalah bau yang kurang menyenangkan. Lebih membimbangkan adalah risiko kesihatan seperti demam denggi dan sebagainya.

 

“Semenjak titah tuanku, saya dapat lihat banyak kerja pembersihan berlaku di sini dan kerisauan saya terhadap persekitaran di sini sedikit berkurangan,” katanya.

 

Siong Kwang, 58, yang merupakan pesara pekerja syarikat elektronik turut menyatakan perasaan kesal dengan sikap segelintir penduduk di sini yang agak culas dari segi memberi komitmen dalam pembayaran fi kepada Pebadanan Pengurusan (MC)

Siong Kwang, 58, yang merupakan pesara pekerja syarikat elektronik turut menyatakan perasaan kesal dengan sikap segelintir penduduk di sini yang agak culas dari segi memberi komitmen dalam pembayaran fi kepada Pebadanan Pengurusan (MC).

 

“Dekat sini, kita ada membuat kutipan fi pengurusan sebanyak RM15. Namun tidak semua mampu bayar sebab isu kurang berkemampuan dan status pemilikan rumah yang mereka sewa ini yang sepatutnya dibayar oleh pemilik rumah.

 

“Bagaimanapun kami tetap bersyukur dengan inisiatif Kerajaan Negeri Johor dalam menyelesaikan isu ini dan juga menjunjung kasih terhadap titah tuanku dalam mengetengahkan isu kebersihan flat uzur TUTA demi menjaga keselesaan penduduk di sini.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor