KERAJAAN NEGERI KOMITED JAGA KESELAMATAN DAN KEBAJIKAN KANAK-KANAK


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin Nisa Ismail (dua dari kanan) mengetuai pemantauan sebuah taska di Johor Bahru, semalam.

 

ISKANDAR PUTERI–Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Kebajikan Malaysia Negeri Johor (JKMNJ) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) meneruskan operasi penguatkuasaan di sebuah tadika yang terletak di Johor Bahru, semalam.

 

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin Nisa Ismail, memaklumkan hasil operasi itu mendapati pengusaha tadika tersebut menempatkan kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah.

 

“Hari ini saya bersama JKMNJ bersama JPNJ meneruskan operasi penguatkuasaan ke sebuah tadika di Johor Bahru di mana saya difahamkan terdapat pengusaha taska atau tadika menempatkan kanak-kanak pada umur yang tidak sesuai di mana tadika tersebut meletakkan kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah.

 

“Adalah menjadi Kesalahan mengikut Seksyen 131 Akta Pendidikan 1986 dan kesalahan ini dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 dan penjara tidak melebihi enam bulan”, katanya di laman Facebook rasminya.

 

Sementara itu, Kerajaan Negeri melalui JKMNJ juga komited menjalankan operasi pemutihan perlesenan, pemantauan serta tinjauan pada setiap minggu di setiap taska di Negeri Johor.

 

Katanya, bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, ibu bapa juga dinasihatkan supaya memeriksa taska atau tadika terlebih dahulu sebelum menghantar anak mereka ke mana-mana institusi tersebut dengan pihak JKMNJ.

 

“Saya mewakili Kerajaan Negeri Johor ingin menasihatkan kepada ibu bapa atau penjaga untuk memeriksa taska atau tadika terlebih dahulu sebelum menghantar ke mana-mana institusi tersebut dengan pihak JKMNJ bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

 

“Sebagai makluman, Kerajaan Negeri Johor melalui JKMNJ juga sedang menjalankan pemutihan perlesenan di setiap taska dan saya juga akan turun sendiri melakukan tinjauan dan pemantauan pada setiap minggu di setiap taska di Negeri Johor”, katanya.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor