KERAJAAN NEGERI MANFAATKAN PROJEK JENDELA (POP) DEMI RAKYAT JOHOR
ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Negeri Johor akan terus memantau Projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) membabitkan Penyediaan dan Penyelenggaraan ‘Point of Presence’ (PoP) di bawah naungan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sedang dilaksanakan.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor, berkata pimpinan Kerajaan Negeri yang diterajui Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi amat komited dalam memastikan projek ini berjalan lancar demi faedah rakyat Johor.
“Sebanyak tiga tapak lokasi telah menerima permit sementara 21 lagi sedang menunggu keputusan dari Pihak Berkuasa Melantik (PBM) manakala selebihnya dalam proses akhir dokumentasi,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasminya.
Terdahlu, beliau bersama Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norliza Noh hadir melakukan tinjauan tapak di Sekolah Kebangsaan Polis Kem, Kelapa Sawit, Kulai dekat sini, pagi tadi.
EXCO Kerajaan Negeri itu turut menegaskan pihak kontraktor dari Maxis perlu memberikan komitmen sewajarnya dalam pemasangan di 24 tapak PoP ini sebelum pertengahan Julai ini.
“Saya yakin usaha penyelesaian projek di kesemua 55 tapak ini akan dapat meningkatkan jaringan internet ke kawasan perumahan di lokasi sekitar untuk dimanfaatkan rakyat,” katanya.
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor