SAMBUTAN ‘DECADE OF DOMINANCE’ JDT PENUH WARNA-WARNI


Sambutan ‘Decade of Dominance’ juga menjadi saksi dan bukti keunggulan JDT dalam mendominasi kancah liga bola sepak Malaysia sejak 2014 yang diterajui dengan kewibawaan Tunku Mahkota Johor. | Foto MDJ Nurina Aisyah.

 

Selepas 10 tahun merevolusi sukan bola sepak tanah air, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kini boleh berbangga apabila menyambut ‘Decade of Dominance’ di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, sebentar tadi.

 

Sambutan penuh gemilang ini dimulai
dengan persembahan ribuan ‘drone’ yang memaparkan pelbagai elemen mengujakan termasuk figura yang bertanggungjawab mengangkat semula martabat bola sepak Johor iaitu DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang juga pemilik kelab JDT.

 

Tidak cukup dengan persembahan ‘drone’, lebih 30,000 penyokong setia Harimau Selatan turut disajikan dengan persembahan artis terkemuka antarabangsa serta pertunjukan bunga api sejurus tamat perlawanan terakhir Liga Super 2023 antara JDT dan Penang FC.

 

Sambutan ‘Decade of Dominance’ juga menjadi saksi dan bukti keunggulan JDT dalam mendominasi kancah liga bola sepak Malaysia sejak 2014 yang diterajui dengan kewibawaan Tunku Mahkota Johor. Menerusi rekod cemerlang ini, sudah pasti malam penuh gemilang ini tidak akan terhenti di sini sahaka kerana sudah tentu ia akan menjadi pencetus kepada banyak lagi kejayaan yang akan mampu diraih oleh JDT pada musim seterusnya.

 

Malam sambutan penuh gemilang itu, turut diserikan dengan kehadiran YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi; YB Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dato’ Hj. Dr. Azmi Rohani serta pemimpin-pemimpin tertinggi Kerajaan Johor yang lain.

 

#DecadeofDominance
#DoubleQuadruple
#TheTMJEffect
#MediaDigitalJohor
#WhatCanYouDo
#JDTFamily
#SukanMDJ