ANAK PERANTAU FELDA DAN MAHASISWA JOHOR TIDAK DILUPAKAN

YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Anak Johor di perantauan di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Mines (MIECC), Selangor. | Foto MDJ Aisyah Mazalan
#Selangor – Keprihatinan berterusan Kerajaan Johor dalam memastikan golongan perantau terutama membabitkan anak-anak warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan mahasiswa terus disantuni dan tidak dilupakan menerusi penganjuran Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Anak Johor di perantauan.
Bukan sekadar sambutan Aidilfitri semata-mata, majlis berkenaan turut menjadi ruang perkongsian terbaik mengenai hala tuju pembangunan Johor dengan sasaran menjadi sebuah negeri maju, sekali gus membuka peluang lebih luas kepada anak Johor termasuk yang berada di perantauan untuk kembali menyumbang kepada negeri kelahiran mereka.
Selain itu, prestasi ekonomi negeri ini turut menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan setelah Johor merekodkan pelaburan berjumlah RM110 bilion, selain hasil negeri yang kian meningkat mencerminkan kekuatan ekonomi negeri serta keyakinan pelabur terhadap potensi Johor.
Komitmen itu turut dizahirkan melalui peruntukan signifikan sebanyak RM106.32 juta bagi pelaksanaan 18 inisiatif melibatkan mahasiswa serta Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC), manakala sejumlah RM13.6 juta pula diperuntukkan bagi pelaksanaan 10 inisiatif khusus untuk warga FELDA di Johor bagi tahun ini.
Bagi memperkukuh sokongan kepada golongan mahasiswa, program Meh Balik Kampus akan diteruskan untuk perayaan-perayaan lain serta pelaksanaan Bantuan Insentif Mahasiswa Anak Johor (IMAJ) secara berterusan bagi fasa seterusnya termasuk kemudahan Kad Siswa Johor.
Sambutan yang pertama kali diadakan itu berjaya menghimpunkan lebih 6,000 rakyat Johor di luar negeri yang secara tidak langsung memperkukuh hubungan silaturahim serta semangat Bangsa Johor walau berada jauh dari tanah kelahiran.
Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor hadir menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Anak Johor di perantauan di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Mines (MIECC), Selangor, hari ini.
Turut hadir, YB Dato’ Zahari Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor; YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor dan YB Tuan Mohd Hairi Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor.
#JohorSafeZone
#PerantauanJohor
#FELDA
#MahasiswaJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


