APLIKASI E-FIDYAH KINI DI PLATFORM IOS

YB Tuan Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor (kanan) menyempurnakan Majlis Pelancaran Aplikasi E-Fidyah (IOS) serta Penyerahan Bantuan Bulanan Pusat Jagaan, Bantuan Agihan Kongsi Rezeki dan Bantuan Aidilfitri kepada anak-anak yatim. | Foto MDJ Aisyah Mazalan
#IskandarPuteri – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) kini memperkasakan aplikasi e-fidyah dalam usaha untukmemudahkan umat Islam di negeri ini membayar fidyah atau bayaran denda bagi orang yang tidak mampu menunaikan ibadah puasa dan mengqada’ puasa atas sebab-sebab tertentu yang dibenarkan oleh syarak.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2016, kemudahan aplikasi e-fidyah tertumpu kepada pengguna sistem perisian Android yang menggunakan aplikasi Play Store dan kini ia diperluaskan kepada pengguna Apple yang menggunakan perisian IOS menerusi aplikasi Apple Store supaya ianya mudah diakses oleh semua umat Islam di Negeri Johor.
Untuk rekod, jumlah kutipan fidyah bagi tahun 2024 adalah sebanyak RM10.8 juta diterima daripada 24,963 pembayar dengan jumlah agihan bernilai RM16.9 juta sudah disempurnakan oleh MAINJ.
Sementara itu, mengambil keberkatan bulan Ramadan, MAINJ turut menyerahkan bantuan bulanan bagi lapan pusat jagaan berjumlah RM1 juta, bantuan Agihan Kongsi Rezeki sebanyak RM18,000, serta penyerahan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim.
Terdahulu, YB Tuan Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor hadir menyempurnakan Majlis Pelancaran Aplikasi E-Fidyah (IOS) serta Penyerahan Bantuan Bulanan Pusat Jagaan, Bantuan Agihan Kongsi Rezeki dan Bantuan Aidilfitri kepada anak-anak yatim.
#E-Fidyah
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor