Artikel oleh Muhammad Imran Mohd Razib

KERAJAAN JOHOR SERIUS ATASI ISU KESESAKAN TRAFIK

  Kerajaan Negeri sentiasa memberikan perhatian ke atas isu kesesakan Lebuhraya Pasir Gudang yang berlaku berikutan pertambahan bilangan kerja pembaikan demi keselamatan dan keselesaan pengguna.   Sebanyak 27 lokasi kerosakan sudah menerima peruntukan diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun ini untuk dilakukan baik pulih, hasil usaha bersepadu Kerajaan Negeri pimpinan Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz […]

187 SEKOLAH SEDIA JADI PPS

  Sebanyak 187 sekolah di negeri ini, akan dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) untuk menempatkan mangsa banjir bagi menghadapi musim tengkujuh Monsun Timur Laut (MTL) yang sudah bermula awal November.   Daripada jumlah tersebut, sebanyak 73 buah sekolah adalah di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Batu Pahat, diikuti Segamat (25), Kluang (22), Muar (16), Tangkak (15), […]

USAHAWAN OKU MAHU KEMBANGKAN TERNAKAN KELULUT

  Geran Agropreneur Muda (GAM) bernilai RM20,000 ditawarkan menerusi Program Agropreneur Muda menjadi pembakar semangat kepada seorang usahawan berstatus orang kurang upaya (OKU) untuk berjaya dalam bidang yang diceburi.   Pengusaha ternakan lebah kelulut, Amirul Nabil Jamaludin, 28, mahu memanfaatkan geran tersebut untuk berpindah ke kawasan yang lebih luas memandangkan kadar tuaian madu kelulut diusahakannya […]

RM1.5 JUTA DANA DIRAIH MENERUSI MAKAN MALAM AMAL TLJCF 2023

  Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (TLJCF) menganjurkan Majlis Makan Malam Amal ‘Lights Of Hope’ bagi mengumpul dana untuk disalurkan kepada pejuang-pejuang kanser yang memerlukan di Dewan Utama, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, hari ini.   Majlis tersebut telah diserikan dengan keberangkatan YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim.   Turun hadir, Isteri Menteri […]

ABDUL HALIM DIPILIH SEBAGAI AHLI DEWAN NEGARA MEWAKILI JOHOR

  Dewan Negeri Johor hari ini, bersetuju memilih bekas Ahli Dewan Negeri Johor Kawasan Puteri Wangsa, Dato’ Abdul Halim Suleiman sebagai Ahli Dewan Negara bagi mewakili negeri ini.   Pencalonan Abdul Halim dikemukakan oleh Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz Ghazi selepas Speaker Dewan Negeri Johor, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi mengumumkan usul Pemilihan Ahli Dewan […]

KERAJAAN JOHOR BENTANG BELANJAWAN SURPLUS DUA TAHUN BERTURUT-TURUT

  Kerajaan Johor hari ini membentangkan Belanjawan Johor 2024 yang merupakan belanjawan lebihan RM4.21 juta pada Mesyuarat Keempat bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, hari ini.   Belanjawan negeri bagi tahun hadapan dibentangkan oleh Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz Ghazi bertemakan ‘Memacu Pembangunan, Menyejahterakan Rakyat’ itu telah […]

KERAJAAN JOHOR PASTIKAN MASYARAKAT ORANG ASLI TIDAK TERPINGGIR

  Hubungan erat bersama masyarakat Orang Asli sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan Negeri yang mengambil berat pembangunan sosio-ekonomi dan kebajikan komuniti tersebut.   Dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Johor, masyarakat Orang Asli tidak pernah sesekali terpinggir malah menerima manfaat daripada pembangunan diusahakan Kerajaan Negeri.   Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan […]

EMPAT AGENDA DIBERIKAN TUMPUAN TAHUN 2024

  Jabatan Pertanian Negeri Johor menumpukan empat agenda bagi meningkatkan hasil tanaman sekali gus menyokong hasrat Kerajaan Negeri menjadikan Johor sebagai ‘Periuk Nasi Selatan’ pada tahun depan.   Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Johor, Yosri Mohd memberitahu, agenda pertama adalah pembangunan tanaman makanan utama dengan menyasarkan sekurang-kurangnya 750 hektar keluasan tanaman sayur-sayuran, ladang dan buah-buahan melibatkan […]

BELANJAWAN JOHOR 2024: PEMERKASAAN KERJASAMA IPT TEROKA TEKNOLOGI BAHARU

  Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang ada di Negeri Johor perlu dilibatkan secara langsung dalam pembangunan direncanakan oleh Kerajaan Johor terutama dalam bidang teknologi baharu.   Bagi menjayakan hasrat berkenaan, kerjasama antara Kerajaan Negeri dengan IPT perlu diperkasakan terutama menerusi Belanjawan Johor 2024 yang akan dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada 23 […]

SOLIDARITI BANGSA JOHOR UNTUK PALESTIN

  Lebih 5,000 umat Islam menyertai himpunan Solidariti Bangsa Johor di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru bagi menzahirkan sokongan teguh kepada rakyat Palestin.   Himpunan anjuran Kerajaan Negeri itu bermula dengan solat fardu Asar berjemaah dan disusuli sesi tausiah (dakwah) yang disampaikan oleh Kadi Daerah Batu Pahat, Haji Mohd Nasri Rahman.   […]