Artikel oleh Muhammad Imran Mohd Razib

KEDIAMAN KONDUSIF DAN SELESA BUAT ANGGOTA IMIGRESEN

  Pangsapuri Aliff Sejahtera dekat Tampoi kini dijadikan sebagai Kompleks Perumahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor yang akan menempatkan kira-kira 30 keluarga anggota Jabatan Imigresen Malaysia.   Penyediaan kediaman yang kondusif dan selesa itu susulan pembelian pangsapuri tersebut secara ‘en bloc’ yang dimeterai dan dimuktamadkan menerusi perjanjian ditandatangani antara Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Malaysia dan […]

BELIA JOHOR DIGALAK AKTIF DALAM PERTANIAN

  Jabatan Pertanian Negeri Johor menganjurkan Seminar Agroyouth 2023 bagi memberi pendedahan kepada belia di negeri ini, mengenai sektor pertanian dan menggalakkan penglibatan golongan berkenaan dalam industri agro makanan.   Menerusi seminar itu, usahawan belia tani diseru merebut peluang disediakan oleh kerajaan selain disaran berhubung dengan Pejabat Pertanian Daerah masing-masing yang sentiasa bersedia memberi khidmat […]

MUSIM TENGKUJUH DIRAMAL BERMULA SABTU INI

  Empat hingga enam episod hujan lebat dijangka berlaku dalam tempoh Monsun Timur Laut (MTL) bermula pada 11 November ini dan berterusan sehingga Mac 2024.   Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan hujan lebat dijangka berlaku ketika awal MTL bermula November hingga Januari tahun depan di Johor, Pahang, Kelantan, Terengganu dan barat Sarawak.   Malah, hujan […]

PERSEDIAAN HADAPI BANJIR GIAT DILAKUKAN 16 PBT JOHOR

  Persediaan menghadapi kemungkinan berlakunya banjir menjelang Monsun Timur Laut (MTL) giat dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Johor antaranya pembersihan sungai, sistem saliran dan kolam takungan air.   Sebagai contoh, Majlis Perbandaran Kluang (MPK) membuat persediaan dari segi logistik, pusat pemindahan sementara dan projek naik taraf di kawasan dikenal pasti berisiko dilanda banjir, […]

TIGA AGENSI BERGANDING BAHU PULIHARA HUTAN SIMPAN GUNUNG ARONG

  Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ), Global Environment Centre (GEC) dan TH Plantations Berhad (THP) bekerjasama memelihara dan memulihara 4,300 hektar hutan pesisir pantai serta tanah gambut di bahagian timur laut Hutan Simpan Gunung Arong (HSGA), dekat Mersing.   Menerusi program berkenaan, THP memperuntukkan RM5 juta bagi melaksanakan tujuh program bagi tempoh tujuh tahun bermula […]

PROGRAM BICARA EKSEKUTIF KESELAMATAN NEGARA NEGERI JOHOR: OP DAULAT

  Bertujuan memberikan perkongsian dan pengajaran daripada peristiwa pencerobohan Lahad Datu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor menganjurkan Program khas Bicara Eksekutif Keselamatan Negara Negeri Johor: Op Daulat.   Berlangsung di Dewan Bankuet, Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, program ini disempurnakan perasmiannya oleh Pegawai Kewangan Negeri Johor, YB Dato’ Salehuddin Hassan selaku wakil rasmi Setiausaha […]

APCW 2023: JOHOR JADI TUMPUAN USAHA DUNIA TANGANI PERUBAHAN IKLIM

  Persidangan Minggu Iklim Asia Pasifik (APCW) 2023 bakal melakar peristiwa penting ditandai dengan pemeteraian dan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara agensi Kerajaan Johor bersama pelbagai pemegang taruh.   MoU tersebut merangkumi pelbagai jenis kerjasama yang menampilkan inisiatif perkongsian sektor awam-swasta melibatkan agenda kelestarian termasuklah penubuhan Pusat Kelestarian Johor dan pelaksanaan ‘Johor Green Deal’.   […]

PUJI TINDAKAN RESPONSIF KERAJAAN NEGERI

  Ahli Dewan Negeri Johor Kawasan Skudai, Marina Ibrahim memuji tindakan responsif Kerajaan Negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi setiap kali isu rumah pangsa daif dibangkitkan terutama di kawasan diwakilinya.   Kerajaan Johor menerusi Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta […]

TERUSKAN AKTIVITI MUSNAH TEMPAT PEMBIAKAN AEDES

  Sebanyak 242 kes demam denggi telah dilaporkan pada minggu Epid ke-43/2023 yang menyaksikan peningkatan 15.8 peratus berbanding minggu sebelumnya.   Daripada jumlah tersebut, daerah Johor Bahru menyumbang sebanyak 193 kes diikuti Kulai (20), Kota Tinggi (7), Kluang dan Segamat (5), Muar dan Batu Pahat (4), Pontian (3) dan Tangkak (1) manakala tiada kes dilaporkan […]

MALAYSIA-SINGAPURA JALANKAN KAJIAN KEBOLEHLAKSANAAN SEZ

  Malaysia dan Singapura sedang menjalankan kajian kebolehlaksanaan Zon Ekonomi Khas (SEZ) untuk mengenal pasti perkara yang perlu diberikan tumpuan pada zon berkenaan pada masa akan datang.   Susulan daripada itu, kedua-dua negara dijangka mengadakan perbincangan sebelum menandatangani memorandum persefahaman (MoU) mengenai SEZ pada Januari 2024.   Malaysia dan Singapura menzahirkan harapan penubuhan SEZ dapat […]