Artikel oleh Muhammad Imran Mohd Razib

BEKALAN HAIWAN KORBAN DI JOHOR MENCUKUPI

  PONTIAN — Bekalan ternakan haiwan korban seperti lembu, kambing, kerbau dan biri-biri dijamin mencukupi bagi umat Islam di Johor melaksanakan ibadah korban sempena Aidiladha, bulan depan.   Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip, berkata jumlah ternakan bagi penyembelihan ditentukan berdasarkan angka yang disediakan oleh Jabatan […]

KERAJAAN JOHOR MOHON TIGA PERMINTAAN DIMASUKKAN DALAM RMK12

  ISKANDAR PUTERI — Naik taraf Hospital Sultanah Aminah (HSA), Lebuhraya Senai-Desaru dan bekalan air mentah berkualiti adalah tiga permintaan Kerajaan Negeri Johor kepada Kerajaan Persekutuan.   Permintaan tersebut disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi kepada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli ketika berucap pada Sesi Libat Urus Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) […]

PASUKAN PENGURUSAN KKM AKAN TINJAU KEADAAN HSA & HSI

  KLUANG — Pasukan Pengurusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diketuai oleh Pemangku Ketua Setiausaha KKM, Dato’ Sri Norazman Ayub akan mengadakan lawatan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI), minggu ini.   Ia bagi meninjau sendiri keadaan operasi di kedua-dua hospital yang sibuk di Johor, selain bagi mendapatkan jalan penyelesaian terhadap […]

PENANTIAN HAMPIR 20 TAHUN BERAKHIR

  KOTA TINGGI — Penantian hampir 20 tahun kira-kira 300 penduduk terdiri daripada generasi kedua FELDA Sungai Sayong dan FELDA Bukit Ramun untuk menerima hak milik tanah masing-masing, berakhir.   Kesemua mereka menerima notis 5A yang disampaikan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, semalam.   Onn Hafiz berkata, usaha melibatkan semua pihak bagi […]

KEM BERBASIKAL TREK DAN BMX JOHOR CIPTA KEJAYAAN DI BUMI NILAI

  ISKANDAR PUTERI — Skuad berbasikal trek Negeri Johor berjaya meraih lima pingat emas, 11 pingat perak dan 10 pingat gangsa pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan yang berlangsung di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan, minggu lalu.   Lima emas buat kem Johor disumbang menerusi acara pecut berpasukan remaja wanita, pecut berpasukan elit lelaki, kejar mengejar […]

POLIS JOHOR BUKA KERTAS SIASATAN ISU PARTI LIAR

  ISKANDAR PUTERI — Polis Johor memberi amaran keras kepada penganjur parti liar “Gang Bang JB Party” yang tular di media sosial agar tidak meneruskan penganjurannya.   Ketua Polis Johor, Dato’ Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya juga telah membuka kertas siasatan berhubung penganjuran program tidak bermoral itu.   “Kes disiasat di bawah Seksyen 292 (e) […]

TRANSFORMASI INSTITUT DATO’ ONN, BENTUK KEPIMPINAN GENERASI BAHARU

  ISKANDAR PUTERI — Bagi menambah baik program memperkasa modal insan di Negeri Johor, Institut Dato’ Onn (IDO) tampil dengan logo baharu dan program yang segar seiring dengan visi bagi mempersiapkan generasi pemimpin muda menjelang tahun 2030.   Pengarah Institut Dato’ Onn, Gadaffie Aziz, berkata pihaknya percaya kekuatan seseorang pemimpin itu mampu mencorak masa hadapan […]

SAYA TIDAK AKAN BENARKAN IA BERLAKU DI JOHOR – MOHD FARED

  ISKANDAR PUTERI — “Saya bagi amaran!… Demi Allah saya tak akan benarkan ia berlaku di Johor,” tegas Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid.   Amaran dan tekad kuat Mohd Fared yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah itu merujuk kepada tertularnya sebuah poster bertajuk ‘Gang Bang JB Party’ […]

PUSAT DATA BERNILAI RM2 BILION DIBANGUNKAN DI SEDENAK.

  ISKANDAR PUTERI — Pembekal perkhidmatan pusat data terkemuka di rantau Asia, Princeton Digital Group (PDG) membuat pelaburan bernilai RM2 bilion bagi membangunkan pusat data berkapasiti 150 megawatt (MW) di Taman Teknologi Sedenak (STeP), dekat Kulai.   Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, fasa pertama pusat data tersebut berkapasiti 60 MW dijangka siap […]

JOHOR PERLU HAMPIR 2,800 STAF KESIHATAN – MENTERI BESAR

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Negeri Johor telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengatasi masalah kekurangan kakitangan kesihatan melibatkan Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru.   Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) kekurangan hampir 2,800 staf kesihatan melibatkan penjawatan doktor […]