Artikel oleh Muhammad Imran Mohd Razib

L’ETAPE JOHOR 2023 SASAR 4,000 PENYERTAAN

ISKANDAR PUTERI — Penganjur saingan L’etape Johor 2023 menyasarkan sebanyak 4,000 penyertaan bagi edisi kedua yang bakal berlangsung di Desaru, Pengerang pada Julai ini.   Pengasas bersama 36FiveX yang juga bertindak sebagai Agensi Pemasaran bagi L’etape Johor, Mizal Ghazali, berkata sehingga kini lebih 3,500 peserta telah mengesahkan penyertaan mereka.   “Penyertaan masih lagi dibuka sehingga […]

SKMM SASAR PENGGUNAAN SEPENUHNYA TANDATANGAN DIGITAL MENJELANG 2025

  JOHOR BAHRU — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyasarkan penggunaan sepenuhnya tandatangan digital dalam sektor awam menjelang tahun 2025. Ketua Pegawai Teknologi dan Inovasi SKMM, Shamsul Izham Abdul Majid berkata, sasaran berkenaan selaras dengan hasrat kerajaan untuk mencapai aspirasi MyDigital. “Penggunaan tandatangan digital yang diiktiraf akan memenuhi keperluan seperti kerahsiaan dokumen, pengesahan identiti […]

BATAL LESEN SERTA MERTA JIKA BERI LESEN KEPADA ‘ORANG KETIGA’

  KLUANG — Kerajaan Negeri Johor tidak teragak-agak untuk membatalkan lesen milik penjaja atau peniaga yang didapati membenarkan lesen perniagaan mereka digunakan oleh pihak ketiga, termasuk warga asing untuk menjalankan bisnes mereka.   Peringatan tegas itu diberikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor yang turut mengarahkan Pihak […]

LESEN PENJAJA KINI SIAP DALAM MASA SEHARI

  KLUANG — Golongan penjaja kecil kini boleh menikmati kemudahan untuk mendapatkan lesen perniagaan dalam tempoh sehari berbanding 30 hari sebelum ini.   Ia hasil daripada inisiatif Kerajaan Negeri dalam mengurangan birokrasi di semua pihak berkuasa tempatan (PBT) yang terdapat di negeri ini, sekali gus dapat membantu golongan sasar berkenaan.   Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan […]

KERAJAAN TANGGUNG BAYARAN PREMIUM TANAH 170 KIR TERJEJAS BANJIR DI PONTIAN

ISKANDAR PUTERI — Seramai 170 Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa banjir di tiga buah kampung dekat Pontian menerima khabar gembira apabila apabila Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk menanggung sepenuhnya bayaran premium tanah di kawasan kediaman mereka dekat Taman Dato’ Hajjah Fatimah Salim, Benut, Pontian. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata projek […]

JOHOR TERIMA TIGA FASILITI KESIHATAN BAHARU

  JOHOR BAHRU — Tiga fasiliti kesihatan baharu melibatkan kos keseluruhan RM73.5 juta siap dibina dan bakal beroperasi dalam masa terdekat, mampu memberi nilai tambah kepada perkhidmatan kesihatan di negeri ini.   Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, kesemua fasiliti itu adalah Makmal Patologi Hospital Sultanah Aminah (HSA), Klinik Kesihatan (KK) Skudai Baru di Taman Ungku […]

PERBINCANGAN POSITIF PEMBINAAN HSA2 : MENTERI KESIHATAN

JOHOR BAHRU — Perbincangan isu pemilikan tanah dicadangkan bagi pembinaan Hospital Sultanah Aminah 2 (HSA2) antara Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pertahanan (MINDEF) berjalan lancar dan positif. Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, kedua-dua kementerian sudah mengambil maklum mengenai keperluan pembinaan HSA2 selain turut memahami kepentingan kesihatan yang perlu diutamakan. “KKM sedang memperhalusi keperluan pembinaan hospital […]

KOPERASI MRSM JB JADI KOPERASI SEKOLAH PERTAMA GUNA SISTEM PINTAR DI JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Koperasi Maktab Rendah Sains Mara Johor Bahru (MRSM JB) di Bandar Seri Alam menjadi koperasi sekolah pertama yang menggunakan sistem pintar di Negeri Johor. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Md Shah, berkata penggunaan sistem pintar itu menjadi satu usaha ke arah pendigitalan […]

UTHM PUPUK KESEDARAN ALAM MARIN DALAM KALANGAN PELAJAR

  ISKANDAR PUTERI — Kira-kira dua tan sampah berjaya dikutip menerusi Program Kesedaran Alam Marin:’Global Beach Clean Up’ yang dilaksanakan di Pulau Mawar, Mersing, baru-baru ini.   Program khidmat sosial sempena ‘Hari Laut Sedunia’ anjuran Kelab Pengurusan Teknologi (TMB) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) itu disertai seramai 157 pelajar Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan […]

BRAJ@PASAR TANI KEKAL DATIN HALIMAH TERIMA SAMBUTAN

  JOHOR BAHRU — Program Bazar Rakyat Agro Johor (BRAJ) di Pasar Tani Kekal Datin Halimah, di sini, menerima sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat mendapatkan barangan segar, produk industri kecil dan sederhana (IKS) serta runcit pada harga berpatutan.   Berlangsung jam 7 pagi hingga 1 petang, program tersebut telah dilancarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, […]