Artikel oleh Muhammad Imran Mohd Razib

PERBADANAN ISLAM JOHOR PACU KECEMERLANGAN PELAJAR

  Perbadanan Islam Johor (PIJ) melalui Tabung Waqaf Rakyat Johor (TWRJ) telah menyumbang RM2 juta sebagai tambahan kepada RM12.5 juta bagi baik pulih 88 buah Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) kategori kritikal pada tahun ini.   Dana sumbangan tersebut bertepatan dengan satu daripada tiga agenda utama pelaksanaan program wakaf oleh PIJ iaitu pendidikan sekali gus […]

SUARA SAYA UNTUK JOHOR – DYAM TUNKU MAHKOTA ISMAIL

  Kelantangan dan ketegasan dalam keperibadian DYAM Tunku Mahkota Ismail dalam menyuarakan pendapat atau pandangan adalah demi kepentingan Negeri Johor Darul Ta’zim.   Walaupun ia ada kala mengundang rasa kurang senang bagi sesetengah pihak sehingga ada yang sanggup merancang ‘pembunuhan karakter’ semata-mata untuk menjejaskan imej dan karekter DYAM Tunku Mahkota Ismail, namun ia tidak sesekali […]

20,000 ORANG MUDA JOHOR BANJIRI EDUCITY!

  Kira-kira 20,000 Orang Muda Johor (OMJ) dari seluruh Johor membanjiri Kompleks Sukan Educity bagi memeriahkan Program ‘Johor Youth Meetup by OMJ’, sekali gus memberi isyarat bahawa generasi muda sentiasa bersama dalam menyokong dan menyahut inisiatif dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri.   Mohammad Aliff Dato’ A. Rahim, Pemangku Presiden Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) menyifatkan penganjuran […]

MPP BAKAL MILIKI PEJABAT BAHARU

  Majlis Perbandaran Pengerang (MPP) bakal memiliki bangunan pejabat urusan baharu yang mencerminkan iltizam tinggi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkenaan dalam merakyatkan sistem penyampaian kerajaan demi menyediakan perkhidmatan terbaik bagi kawasan pentadbirannya.   Pembinaan pejabat baharu itu disifatkan sebagai tepat pada masanya selari dengan kepesatan pembangunan Pengerang dan kawasan sekitar yang tertumpu kepada sektor pelancongan […]

TINGGAL SIMPANG RENGGAM, KERJA DI JOHOR BAHRU

  Perkhidmatan KTM Komuter diperkenalkan pada tahun 1995 dan dioperasikan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah menjadi mod pengangkutan utama menghubungkan antara bandar yang popular bagi penduduk Kuala Lumpur dan Lembah Klang.   Malah perkhidmatan yang memudahkan pergerakan harian manusia itu telah diperkenalkan ke sektor Utara apabila diperluaskan ke negeri-negeri di Utara Semenanjung Malaysia […]

PENGELUARAN SIJIL HALAL JOHOR MEMBERANGSANGKAN

  Komitmen Kerajaan Persekutuan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melaksanakan program Halal on Track (HOT) menyaksikan sebanyak 633 daripada 879 permohonan usahawan Negeri Johor bagi mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) diluluskan dalam 30 tempoh hari bekerja setakat Januari hingga Mei lalu.   Angka signifikan tersebut menjadi cerminan kepada keberkesanan program HOT yang telah […]

KERAJAAN JOHOR KOMITED PERKASA INDUSTRI HALAL

  Mencari yang halal itu fardu bagi setiap orang Islam. Dalam melaksanakan saranan Rasulullah SAW yang turut menjadi tuntutan agama, Kerajaan Johor tanpa sebarang kompromi terus beriltizam untuk memperkasakan industri halal di negeri ini demi maslahat umat Islam secara keseluruhan.   Komitmen ini dapat dilihat menerusi usaha berterusan yang dilaksanakan Kerajaan Negeri dalam membantu usahawan […]

PROJEK SDE, PLUS BAKAL RANCAKKAN EKONOMI JOHOR

  Projek menaik taraf Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Senai Desaru (SDE) yang dijangka akan bermula pada hujung bulan ini bakal ‘menjadi serampang dua mata’ apabila bakal memberi impak positif bukan sahaja kepada ekonomi Malaysia, tetapi juga pembangunan iktisad Negeri Johor itu sendiri.   Keyakinan itu disuarakan oleh Dr. Safizahanin Mokhtar, Pensyarah Kanan […]

RM3 JUTA BANTU USAHAWAN IAT JOHOR

  Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan RM3 juta kepada Jabatan Pertanian Negeri Johor untuk melaksanakan program Pembangunan Usahawan Industri Asas Tani (IAT) melibatkan bantuan dan bimbingan yang memberi manfaat kepada 300 usahawan sekali gus memperkasa sektor agromakanan pada tahun ini.   Antara bentuk bantuan dan bimbangan tersebut adalah kursus dan latihan mengembangkan perniagaan dan meningkatkan kemahiran, […]

MBJB SEDIA FASILITI LIMA BINTANG

  Bagi memberikan keselesaan kepada pelawat dan masyarakat setempat serta meningkatkan imej bandar raya Johor Bahru, pelbagai kerja naik taraf yang sedang dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri menerusi Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menjelang Tahun Melawat Johor 2026.   Antaranya, menyediakan kemudahan tandas awam bertaraf lima bintang dilengkapi ciri moden paip automatik, mesra Orang […]