SASAR 2 JUTA RAKYAT JOHOR DAFTAR PADU
Seramai 112,524 rakyat Johor sudah membuat pendaftaran di Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) sehingga kelmarin sejak ia dilancarkan pada 2 Januari lalu. Jumlah ini dijangka akan terus meningkat dengan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Johor akan terus bergerak aktif bagi menggalakkan lebih ramai rakyat negeri ini mendaftar sistem PADU sehingga penghujung Mac depan. […]