MALAYSIA-SINGAPURA PERHALUSI KEMAJUAN PELAKSANAAN JS-SEZ
Kerajaan Malaysia dan Singapura mengadakan perbincangan khas bagi merealisasikan pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dijangka akan dimeterai semasa Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-11 pada Disember ini. Inisiatif yang bakal memberi limpahan manfaat kepada kedua-dua negara berkenaan bertujuan untuk memudahkan urusan perniagaan, meningkatkan aliran barangan dan manusia serta pembangunan tenaga kerja tempatan. […]
