BELIA PERLU BERGERAK SEIRING ASPIRASI KERAJAAN NEGERI – MENTERI BESAR


Mohd Hairi Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor merasmikan Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Johor Tahun 2023 di Tunku Ismail Youth Centre (TMIYC), Johor Bahru. | Foto MDJ Wira Anggara

 

“Golongan belia diingatkan supaya sentiasa cakna, menyokong dan bergerak seiring dengan aspirasi kerajaan khususnya Kerajaan Negeri pada hari ini agar boleh memanfaatkan setiap peluang yang telah ditawarkan,” seru YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor.

 

Seruan itu dibuat oleh beliau menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh wakil rasminya, YB Mohd Hairi Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Johor Tahun 2023 di Tunku Ismail Youth Centre (TMIYC), Johor Bahru hari ini.

 

Tambah Menteri Besar, Kerajaan Negeri akan terus berusaha melaksanakan inisiatif yang memberi manfaat kepada golongan belia bagi memastikan anak muda Negeri Johor terus berada dalam arus perdana dan dilapisi oleh barisan kepimpinan anak muda yang hebat.

 

Majlis turut dihadiri oleh YB Dato’ On Jabbar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan) dan YB Aznan Tamin, Presiden Majlis Belia Negeri Johor.

 

Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk belia Johor sepanjang tiga hari program berlangsung dari 29 September hingga 1 Oktober ini, antaranya Pameran Identiti Bangsa Johor, Mini Karnival Kerjaya dan Jualan Produk Hari Belia Negara.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor