BIDANG JAHITAN JANA PENDAPATAN LUMAYAN

Emi Intanku Salwa Mohd Hidzir, pengasas Intanku Design & Trading. | Foto MDJ Nurina Aisyah
#JohorBahru – Bidang jahitan bukan sekadar kemahiran untuk dipelajari bagi mengisi masa lapang, sebaliknya menjadi sumber pendapatan kepada Pengasas Intanku Design & Trading iaitu Emi Intanku Salwa Mohd Hidzir yang menerima sambutan tempahan luar biasa terutama apabila tiba musim perayaan.
Bagi memenuhi permintaan pelanggan yang kian meningkat, Emi Intanku Salwa, 32, telah menerima bantuan mesin jahit lurus bernilai RM2,500 daripada Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. yang melancarkan operasi perniagaan diusahakan dan menyiapkan tempahan dengan lebih cepat dan berkualiti.
Berkat bantuan yang diterima selain sokongan daripada pelanggannya, jumlah pendapatan diraih bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri ini telah meningkat kepada antara RM15,000 hingga RM20,000 apabila menerima tempahan baju kurung mencecah 200 pasang dengan kadar upah jahitan bermula RM90 sepasang.
Pengalaman sejak 10 tahun yang lalu juga membawa usahawan tersebut menyediakan pelbagai perkhidmatan jahitan bermula dari jahit tepi sehingga menghasilkan sepasang baju kurung mengikut tempahan pelanggan yang terdiri pelbagai bangsa dan latar belakang termasuk dari negara jiran, Singapura.
Selain itu, Emi Intanku Salwa turut berhasrat untuk mengembangkan ilmu dan kemahiran dimiliki dengan membuka kelas jahitan khusus kepada golongan suri rumah bagi melahirkan lebih ramai usahawan mahir dalam bidang tersebut sekali gus membantu mereka menjana pendapatan sampingan.
#UsahawanPUJB
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor