BOAT RACE @ TANJUNG SURAT JADI ACARA TAHUNAN

Perlumbaan bot di Tanjung Surat Fest. | Foto MDJ Aisyah Mazalan
#Pengerang – Perlumbaan bot bakal menjadi acara tahunan bagi Tanjung Surat Fest yang memasuki tahun ketiga penganjuran sejak tahun 2023.
Acara yang julung kali dipertandingkan pada Tanjung Surat Fest 2025 itu menjadi inisiatif bagi menarik kehadiran pengunjung sebagai persediaan Tahun Melawat Johor 2026.
Komitmen untuk menjadikan ‘Boat Race @ Tanjung Surat’ itu sebagai acara tahunan berikutan sambutan luar biasa yang diterima daripada penduduk setempat.
Selain itu, pertandingan berkenaan juga menjadi platform mempromosi keunikan Pulau Tanjung Surat dan sektor ekopelancongan di kawasan tersebut.
Perlumbaan bot sempena Tanjung Surat Fest 2025 mempertandingkan lima kategori iaitu 15hp Yamaha Standard, 15hp Yamaha Standard (Perempuan), 15hp Yamaha Terbuka, Topper atau Maharani serta Tunnel.
Terdahulu, YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor hadir ke Tanjung Surat Fest 2025 X Pertandingan Boat Race di Sungai Belungkor, Tanjung Belungkor.
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor