BOMBA JOHOR WUJUDKAN PANGKALAN HADAPAN DI AYER HITAM


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Siti Rohani Nadir memaklumkan Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam merupakan lokasi pangkalan hadapan bagi sebagai persediaan menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL). | Foto MDJ Nurina Aisyah

 

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor menetapkan Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam sebagai lokasi pangkalan hadapan bagi penempatan awal logistik menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL).

 

Pengarahnya, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Siti Rohani Nadir memaklumkan pemilihan balai tersebut sebagai ‘regional forward base (RFB)’ itu berikutan kedudukannya yang strategik dan dinamik.

 

Selain itu, beliau turut memberitahu langkah proaktif tersebut menjadi salah satu strategi jabatan sebagai perancangan bagi mengatur gerak sumber manusia dan logistik supaya lebih berkesan dan teratur.

 

JBPM Negeri Johor turut menubuhkan dua Pasukan Gerak Cepat Monsun Timur (PGC MTL) yang diperkuatkan dengan 13 pegawai pelbagai pangkat selain jentera darat dan marin untuk digerakkan bagi memberi bantuan kepada negeri-negeri yang terjejas banjir.

 

Bilik Gerakan Operasi JBPM Negeri Johor dan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) juga sudah bersedia untuk diaktifkan pada bila-bila masa sekiranya berlaku banjir bagi memastikan setiap agensi bersiap siaga memberikan bantuan.

 

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebaran berita palsu menerusi platform media sosial mengenai keadaan banjir yang boleh mencetuskan situasi panik dan cemas serta boleh menjejaskan operasi agensi keselamatan.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor