MTL : KERAJAAN NEGERI TINGKAT KESIAPSIAGAAN HADAPI BANJIR


Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip memaklumkan persediaan awal yang telah dilaksanakan dalam menghadapi Monsun Timur Laut (MTL). | Foto MDJ Nurina Aisyah

 

Kerajaan Negeri melakukan persediaan awal dengan memantau bekalan barangan keperluan agar sentiasa mencukupi bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).

 

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip memaklumkan langkah itu juga untuk mengelak harga barangan keperluan terkesan ketika bencana.

 

Antara bentuk tindakan proaktif dilakukan adalah mengadakan lawatan ke kawasan pengumpulan ikan di Mersing untuk memastikan hasil laut terutama ikan tidak berlaku kekurangan bekalan.

 

Selain itu, petani juga sudah dinasihatkan memindahkan lokasi pertanian ke kawasan tidak berisiko banjir serta digalakkan melaksanakan fertigasi bagi mereka yang tidak mempunyai tanah.

 

Bantuan awal juga telah dihantar ke pangkalan hadapan untuk diagihkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) terutama kawasan yang akan terputus hubungan oleh Pejabat-Pejabat Daerah apabila banjir.

 

Manakala ketua-ketua kampung sudah dimaklumkan untuk membuat persiapan untuk memastikan PPS berada dalam keadaan baik dan sedia digunakan pada bila-bila masa.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor