BUDAYA AL-QURAN PENJAWAT AWAM JOHOR TERUS JADI AMALAN


Program membudayakan al-Quran dalam kalangan penjawat awam merupakan inisiatif kedua dalam strategi memperkukuh tadbir urus syiar Islam di bawah Teras 1: Tadbir Urus Kerajaan, Belanjawan Johor 2024. | Foto MDJ, Wira Anggara

 

Kerajaan Johor meneruskan amalan membudayakan al-Quran bagi menyemarakkan penghayatan kandungan al-Quran dalam kalangan penjawat awam beragama Islam di negeri.

 

Berlangsung selama satu jam pada setiap hari Khamis, amalan dianjurkan menjadi aktiviti yang dapat memberikan pengisian rohani seluruh jabatan agensi Kerajaan Negeri.

 

Bacaan Surah Al-Baqarah ayat 30 hingga 37 serta Surah Al-Kahfi ayat 1 hingga 10 telah diketuai oleh YBhg Ustaz Muhammad Nur Zuhdi Mohamad Daud dari Akademi Al-Quran Negeri Johor.

 

Seusai tadabbur, hadirin diperdengarkan dengan tazkirah mengenai kelebihan berpuasa di bulan Sya’aban sebagai persiapan menjelang ibadah puasa di bulan Ramadan.

 

Turut hadir, YB Dato’ Mohammed Ridha Dato’ Abd Kadir, Pegawai Kewangan Negeri Johor; YB Dato’ Ismail Abu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Pengurusan) serta Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

 

Program membudayakan al-Quran dalam kalangan penjawat awam merupakan inisiatif kedua dalam strategi memperkukuh tadbir urus syiar Islam di bawah Teras 1: Tadbir Urus Kerajaan, Belanjawan Johor 2024.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor