KEMPEN DERMA DARAH YAYASAN KPRJ TERIMA SAMBUTAN MENGGALAKKAN


Kempen derma darah itu mendapat sambutan memberangsangkan daripada pelbagai lapisan masyarakat yang hadir ke Eco Galleria, Iskandar Puteri. | Foto MDJ Dania Farisya.

 

Program derma darah anjuran Yayasan KPRJ mendapat sambutan memberangsangkan daripada pelbagai lapisan masyarakat yang hadir ke Eco Galleria, Iskandar Puteri, melakukan pendermaan darah bagi menambah bekalan darah di hospital.

 

Suri rumah, V. Nagarani, 42, berkongsi telah menderma darah buat pertama kali ketika berusia 36 tahun dan kemudiannya berbuat sedemikian setiap tiga bulan sekali sebagai antara usaha untuk dirinya membantu insan yang memerlukan.

 

Bagi ahli perniagaan, Yeow Zhan Meng, 31, menyifatkan program derma darah anjuran Yayasan KPRJ itu sebagai inisiatif yang baik kerana berjaya menghimpunkan masyarakat tanpa mengira kaum dan latar belakang untuk bersama menyumbang ke arah kebaikan.

 

Bermula jam 11 pagi dan berakhir 5 petang, program berkenaan turut mendapat kerjasama daripada Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, EcoWorld Development Group Berhad (EcoWorld) dan Hup Seng Industries Berhad.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor