JKR JOHOR SIAP SIAGA HADAPI BANJIR

  Jabatan Kerja Raya (JKR) menyediakan garis panduan menyenaraikan sebanyak 25 tindakan berjaga-jaga dalam menghadapi bencana seperti banjir dan tanah runtuh terutama ketika musim tengkujuh dan Monsun Timur Laut (MTL).   Antara bentuk tindakan tersebut, JKR Negeri Johor memaklumkan adalah pemeriksaan berkala keadaan cerun, longkang dan pembetung bagi memastikan sistem saliran sentiasa berada dalam bersih […]

SEMUA UNIT MBJB DALAM MOD BERSEDIA

  Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) sudah mengarahkan semua unit terlibat berada dalam mod bersedia bagi menghadapi kejadian banjir di kawasan bandar raya Johor Bahru.   Datuk Bandar MBJB, Dato’ Mohd Noorazam Osman memaklumkan pihaknya telah bersedia dari segi kekuatan anggota dan logistik bagi melaksanakan tindakan segera serta bantuan pengalihan jika perlu.   Semua kontraktor […]

KEJAYAAN FELCRA SUNGAI ARA ANGKAT NAMA JOHOR

  Kejayaan FELCRA Sungai Ara muncul johan kategori Penempatan Belia pada Anugerah Kecemerlangan Aspirasi Penempatan (AKAP) FELCRA Berhad, baru-baru ini, mengangkat nama Negeri Johor di persada kebangsaan.   Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip menzahirkan rasa bangga dan mengucapkan tahniah kepada pengurusan FELCRA Sungai Ara atas […]

MBJB LANCAR PUSAT KAWALAN BERSEPADU PERTAMA DI JOHOR

  Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) hari ini melancarkan Pusat Kawalan Operasi Bersepadu Johor Bahru (JBIOCC) sebagai langkah berterusan bagi meningkatkan tahap perkhidmatan dan pemantauan di kawasan pentadbirannya.   Datuk Bandar MBJB, Dato’ Mohd Noorazam Osman memaklumkan pelancaran JBIOCC mencermin dan memperkukuh peranan MBJB sebagai organisasi yang sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan dengan mengambil […]

MANGSA BANJIR JUNJUNG KASIH KEPRIHATINAN TUNKU MAHKOTA JOHOR

  Bantuan segera kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menceria dan memberikan kelegaan kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Balairaya Kampung Batu Badak, Segamat.   Bagi Aishah Abdul Hamid, kurniaan tersebut membawa erti yang amat bermakna sekali gus menjunjung kasih atas keprihatinan Tunku Ismail kerana telah menghulurkan sumbangan kepadanya […]

PERANCANGAN, TINDAKAN AWAL MENDEPANI BANJIR DI SEGAMAT

  Mengambil iktibar daripada bencana yang berlaku sebelum ini, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Segamat bertindak proaktif meningkatkan kesiap siagaan bagi menghadapi musim tengkujuh, terutama Monsun Timur Laut (MTL).   Jawatankuasa terdiri daripada pelbagai jabatan dan agensi itu sudah melaksanakan tindakan awalan seperti yang dirancang bagi mengurus dan mengawal banjir daripada menjadi lebih serius di […]

24 JALAN DIKENAL PASTI SESUAI GUNA TEKNOLOGI ‘GLOW IN THE DARK’

  Terdapat 24 lokasi jalan di negeri ini, dikenal pasti sesuai untuk dinaik taraf menggunakan teknologi garisan jalan bercahaya dalam gelap atau ‘glow in the dark’.   Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Johor memaklumkan kesemua lokasi terbabit terletak di sembilan daerah iaitu Johor Bahru, Pontian, Batu Pahat, Tangkak, Kluang, Kulai, Kota Tinggi, Muar dan Mersing. […]

MBIP UJI TEKNOLOGI ‘GLOW IN THE DARK’

  Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) melaksanakan pengujian garisan jalan bercahaya dalam gelap atau ‘glow in the dark’ di kawasan pentadbirannya.   Pengujian cat garisan jalan berserta ‘road stud glow in the dark’ itu telah dilaksanakan di Hutan Bandar Mutiara Rini, Iskandar Puteri bagi menilai aspek teknikal.   MBIP memaklumkan aspek tersebut adalah kos, ketahanan, […]

KERAJAAN JOHOR PROAKTIF ATASI ISU BANJIR KILAT

  Kerajaan Negeri menyasarkan sekurang-kurangnya 10 lokasi terjejas banjir kilat di sekitar bandar raya Johor Bahru akan diselesaikan pada tahun hadapan.   Antara langkah diambil bagi menyelesaikan isu tersebut adalah melalui kerja menambah baik sistem perparitan, menambah pam air dan membina ban baharu terutamanya di kawasan rendah.   Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur […]

PINGAT CEMERLANG BOMBA JADI PEMBAKAR SEMANGAT

  Pingat Cemerlang Bomba (PCB) diterima dua pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Johor ketika Majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran Jabatan pada bulan lalu, menjadi pembakar semangat untuk terus menabur bakti kepada masyarakat.   Penolong Peguasa Bomba Ahmad Syahir Din Osman dari Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM Negeri Johor dan Pegawai Bomba Rosnilyana Atong dari Balai […]