JABATAN PERTANIAN NEGERI JOHOR AKTIF BILIK GERAKAN BENCANA

  Jabatan Pertanian Negeri Johor (JPNJ) mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana di semua daerah di negeri ini, sebagai persediaan membantu usahawan tani terjejas banjir.   Selain itu, hebahan talian hotline bilik gerakan tersebut juga sudah dilakukan lebih awal pada tahun ini, di semua platform media sosial jabatan dan Pejabat Pertanian Daerah bagi memudahcara permohonan bantuan.   […]

SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR TITIP PESANAN KEPADA PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR

  Setiausaha Kerajaan Johor, YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani menitipkan pesanan kepada Pegawai Tadbir Negeri Johor supaya sentiasa berusaha memajukan diri dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.   Pesanan tersebut dititipkan dalam ucapannya pada Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih Pegawai Kewangan Negeri Johor di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, hari ini.   […]

PEGAWAI KEWANGAN NEGERI BERSARA WAJIB AKHIRI KHIDMAT BAKTI

  Pegawai Kewangan Negeri Johor, YB Dato’ Haji Salehuddin Hassan mengakhiri khidmat baktinya, hari ini, apabila bersara wajib selepas 31 tahun dalam Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor.   Beliau memulakan perkhidmatan sebagai Pegawai Tadbir pada 1 April 1992 di Pejabat Tanah Segamat dan kemudiannya telah diberikan tanggungjawab menggalas 13 jawatan lain di pelbagai jabatan.   Kenangan […]

JAKOA NEGERI JOHOR AGIH BAKUL MAKANAN KEPADA 130 KIR DI MERSING

  Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Johor mengagihkan 130 bakul makanan kepada ketua isi rumah (KIR) masyarakat Orang Asli yang terjejas banjir di Mersing.   Pengarahnya, Faisal Long memaklumkan agihan dilakukan dengan kerjasama Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Mersing dan agensi keselamatan.   Kesemua KIR dari KOA Punan dan KOA Tewowoh menerima bantuan […]

JOHOR – SARAWAK KONGSI KEPAKARAN DAN PENGALAMAN

  Kerajaan Johor komited meneroka teknologi, inovasi dan sistem baharu bagi membina lebih banyak infrastruktur berimpak tinggi serta berdaya tahan.   Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh memaklumkan usaha tersebut amat signifikan terutama dalam membantu usaha meningkatkan kualiti prasarana di negeri ini.   Bagi tujuan itu, beliau telah […]

PENGERUSI FELDA PUJI USAHA KERAJAAN JOHOR

  Ikhtiar Kerajaan Johor dalam memastikan peneroka FELDA di negeri ini, menerima geran hak milik tanah mendapat pujian.   Pengerusi FELDA, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek menzahirkan ucapan tahniah kepada Kerajaan Negeri atas komitmen memberikan hak milik kepada peneroka.   Sehingga kini, Kerajaan Johor sudah membantu 27,132 daripada 27,642 peneroka untuk menerima geran hak milik […]

312 GENERASI KEDUA FELDA TENGGAROH 1 TERIMA HAK MILIK TANAH

  Terpancar raut wajah penuh kesyukuran dan kegembiraan 312 generasi kedua FELDA Tenggaroh 1, Mersing apabila menerima hak milik tanah masing-masing untuk membangunkan kediaman sendiri sekali gus mengakhiri penantian selama empat tahun.   Penyampaian hak milik berkenaan disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz Ghazi pada Majlis Penyerahan Hakmilik Tapak Bangunan (Rumah Kediaman) Generasi Kedua […]

MANGSA BANJIR HARGAI SUMBANGAN YRZSNJ

  Mangsa banjir di daerah Kota Tinggi yang kini berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SJKC New Kota menghargai sumbangan yang dikurniakan oleh Permaisuri Johor, DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah melalui Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ).   Penduduk Taman Mawai yang kini berlindung di PPS berkenaan, Siti Farhana Sofi […]

JOHOR BERMUNAJAT SEMPENA TAHUN BAHARU

  Telah berlangsungnya Majlis Munajat Tahun Baharu Peringkat Negeri Johor bagi tahun 1445H/2024M di Dewan Taman Bukit Indah, Johor Bahru, semalam.   Acara bermula dengan bacaan Surah Yaasin dipimpin oleh Imam Besar Negeri Johor, Tuan Haji Makhadzir Abdan Al-Hafiz.   Selain itu, acara diteruskan dengan bacaan doa dan tahlil arwah serta disusuli dengan solat fardu […]

PANTAI LIDO DIJADIKAN PARKIR UNTUK PELAWAT, PESAKIT HSA

  Kerajaan Negeri komited menyelesaikan masalah kekurangan tempat letak kenderaan dan kesesakan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, menerusi kerjasama dengan Tropicana Corporation Berhad.   Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz Ghazi memberitahu sebanyak 170 lot parkir akan dibina di kawasan tanah lapang Pantai Lido berhadapan hospital berkenaan di mana fasa pertama dijangka siap pada […]