BOMBA SEGERA PINDAHKAN MANGSA BANJIR KE PPS

  Tindakan pantas anggota bomba menyelamat dan memindahkan mangsa banjir ke tempat selamat termasuk Pusat Pemindahan Sementara (PPS) susulan kediaman masing-masing dinaiki air akibat limpahan sungai berdekatan, hari ini.   Dengan kekuatan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang dan dibantu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), seramai 26 penduduk Kampung Sentosa Damai […]

KERAJAAN NEGERI TERUS BANTU USAHAWAN PERLUAS PERNIAGAAN

  Kerajaan Negeri komited membantu usahawan di negeri ini, mengembangkan perniagaan ke peringkat lebih tinggi menerusi sistem Pusat Data Usahawan Johor (PADU) disediakan Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB).   Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah menyeru usahawan yang belum berdaftar dengan sistem itu untuk […]

JABATAN PERHUTANAN NEGERI JOHOR TANAM 600 BAKAU KURAP DI TELUK WAWASAN

  Sebanyak 600 anak pokok spesis Bakau Kurap ditanam di pantai Teluk Wawasan, dekat Batu Pahat, bagi Program Penghijauan Malaysia, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok sempena Tahun Baharu 2024.   Bertemakan ‘Kelestarian Alam : Tanggungjawab Bersama’, program telah disempurnakan perasmiannya oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid.   Pengarah […]

JAKOA PERJELAS ISU PENGAGIHAN BANTUAN BANJIR DI MERSING

  Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Johor mengesahkan sudah mengambil tindakan segera menyampaikan Bantuan Pembaikan Rumah (BPR) kepada 45 penduduk di Kampung Orang Asli (KOA) Labong, Mersing.   Pengarahnya, Faisal Long memaklumkan bantuan sebanyak RM2,500 itu diserahkan kepada penduduk KOA terbabit dengan bantuan Pejabat Daerah Mersing.   Bantuan berkenaan diserahkan oleh Pegawai Pejabat Daerah […]

PENDIGITALAN SEPENUHNYA PARKIR KAWASAN MBJB

  Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menaik taraf dan menjenamakan semula aplikasi MBJB Spot V2 kepada MBJB Spot bagi merealisasikan pendigitalan sepenuhnya bayaran parkir di kawasan pentadbirannya.   Penaik tarafan dan penjemaan semula aplikasi berkenaan sekali gus menamatkan perkhidmatan bayaran kupon parkir hibrid yang ditawarkan sejak tahun 2016. Melalui pelan transformasi pendigitalan parkir itu, penggunaan […]

KPJ JOHOR SEDIA LOKAR KHAS BANTU PESAKIT TERIMA BEKALAN UBAT

  Hospital Pakar KPJ Johor menyediakan perkhidmatan dikenali PharXma-Loc bagi memudahkan pesakit mendapatkan ubat secara berkala tanpa perlu lagi beratur di Jabatan Farmasi yang diletakkan dalam lokar khas dan boleh diambil pada bila-bila masa.   Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Johor, Haliza Khalid memaklumkan perkhidmatan penyerahan ubat di peti loker itu merupakan yang pertama […]

JKR JOHOR SIAP SIAGA HADAPI BANJIR

  Jabatan Kerja Raya (JKR) menyediakan garis panduan menyenaraikan sebanyak 25 tindakan berjaga-jaga dalam menghadapi bencana seperti banjir dan tanah runtuh terutama ketika musim tengkujuh dan Monsun Timur Laut (MTL).   Antara bentuk tindakan tersebut, JKR Negeri Johor memaklumkan adalah pemeriksaan berkala keadaan cerun, longkang dan pembetung bagi memastikan sistem saliran sentiasa berada dalam bersih […]

SEMUA UNIT MBJB DALAM MOD BERSEDIA

  Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) sudah mengarahkan semua unit terlibat berada dalam mod bersedia bagi menghadapi kejadian banjir di kawasan bandar raya Johor Bahru.   Datuk Bandar MBJB, Dato’ Mohd Noorazam Osman memaklumkan pihaknya telah bersedia dari segi kekuatan anggota dan logistik bagi melaksanakan tindakan segera serta bantuan pengalihan jika perlu.   Semua kontraktor […]

KEJAYAAN FELCRA SUNGAI ARA ANGKAT NAMA JOHOR

  Kejayaan FELCRA Sungai Ara muncul johan kategori Penempatan Belia pada Anugerah Kecemerlangan Aspirasi Penempatan (AKAP) FELCRA Berhad, baru-baru ini, mengangkat nama Negeri Johor di persada kebangsaan.   Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip menzahirkan rasa bangga dan mengucapkan tahniah kepada pengurusan FELCRA Sungai Ara atas […]

MBJB LANCAR PUSAT KAWALAN BERSEPADU PERTAMA DI JOHOR

  Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) hari ini melancarkan Pusat Kawalan Operasi Bersepadu Johor Bahru (JBIOCC) sebagai langkah berterusan bagi meningkatkan tahap perkhidmatan dan pemantauan di kawasan pentadbirannya.   Datuk Bandar MBJB, Dato’ Mohd Noorazam Osman memaklumkan pelancaran JBIOCC mencermin dan memperkukuh peranan MBJB sebagai organisasi yang sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan dengan mengambil […]