KERAJAAN JOHOR SERAH 20 AMBULANS, PERKUKUH PERKHIDMATAN KESIHATAN NEGERI
#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri Johor terus menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan rakyat mendapat akses rawatan kesihatan yang pantas dan berkualiti menerusi penyerahan inisiatif sebanyak 20 unit ambulans jenis B kepada Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ). YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, memberitahu penyerahan ini merupakan sebahagian […]
