GALERI AURA ISLAM, TELUSURI SEJARAH AD-DIN

  Bila sebut mengenai pelancongan di Johor, mungkin yang terbayang di benak fikiran ialah tempat menarik seperti Taman Tema Legoland, keindahan panorama Gunung Ledang ataupun kejernihan air di pesisir pantai dan pulau di Mersing.   Tapi sebenarnya di Johor ada banyak lagi lokasi menarik untuk dilawati dan antara yang agak unik untuk dilawati ialah Galeri […]

SEMANGAT, KEHARMONIAN BANGSA JOHOR WAJAR DICONTOHI

  “Konsep Bangsa Johor masih kekal relevan hingga hari ini terutama selepas melihat kepada isu mengenai polarisasi kaum yang semakin meningkat secara berterusan. Bangsa Johor bermaksud semua orang bertanggungjawab untuk membangunkan Johor di samping menghormati budaya dan agama masing-masing kerana kita mahu setiap orang hidup dalam aman dan makmur,” demikian titah KDYMM Seri Paduka Baginda […]

REZEKI TUJUH SEKELUARGA TUNAI HAJI BERSAMA

  Menabung sejak awal usia dan mendaftar giliran haji lebih awal ternyata mengundang rezeki kepada tujuh sekeluarga berangkat ke Tanah Suci secara bersama untuk mengerjakan ibadah haji bagi musim 1445H / 2024M.   Berkat tabungan sejak 15 tahun lalu, Prof Ts. Dr. Safian bin Sharif, Pengarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kampus Pagoh menzahirkan kesyukuran kerana […]

KUALITI PENDIDIKAN MENJADI KEUTAMAAN

  Menyahut titah DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang menekankan kepentingan pendidikan berkualiti kepada Bangsa Johor, Kerajaan Negeri komited dalam mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif serta mesra teknologi selari dengan era pada masa kini.   Aspek kemenjadian pelajar dan kebajikan warga pendidik sentiasa diberikan keutamaan Kerajaan Negeri bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan […]

HAB HSR FOREST CITY PERKASA JS-SEZ DAN SFZ

  Langkah mewujudkan hab atau stesen Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura di Forest City bakal menjadikan kawasan pembangunan tersebut sebagai hab ekonomi selatan Malaysia sekali gus memperkasa inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan Zon Kewangan Khas (SFZ).   Impak kepada pembinaan HSR perlu dilihat dalam tempoh jangka masa panjang kepada negara ini, […]

KUMPULAN TERAKHIR ROMBONGAN KERAJAAN JOHOR BERLEPAS

  Kumpulan terakhir yang terdiri daripada 137 jemaah haji Rombongan Kerajaan Johor (RKJ) berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) untuk berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah haji musim 1445H / 2024M, petang tadi.   Untuk musim haji kali ini, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM3.7 juta bagi meringankan […]

TRANSFORMASI KAMPUNG SUNGAI MELAYU

  Berdasarkan sejarah yang diceritakan secara turun temurun, Kampung Sungai Melayu pernah dijadikan sebagai tempat perlindungan tentera Jepun selama kira-kira dua minggu pada tahun 1942 ketika Perang Dunia Kedua kerana kedudukannya yang strategik di kelilingi kawasan paya bakau dan sungai.   Pada hari ini, kewujudan kesan tapak sejarah tentera Jepun ini telah membongkar potensi kawasan […]

KEPESATAN PEMBANGUNAN LONJAK KUALITI PENDIDIKAN SETEMPAT

  Pembangunan di Iskandar Puteri terutama sekitar Kota Iskandar yang terletaknya pusat pentadbiran Negeri Johor berlaku pesat dengan terbinanya pusat komersial dan perniagaan, taman tema rekreasi, kawasan perumahan moden serta institusi pendidikan ternama dan bertaraf antarabangsa.   Kepesatan pembangunan Iskandar Puteri tidak menenggelamkan persekitaran dan potensi Kampung Sungai Melayu yang terkenal dengan keindahan alam semula […]

SYUKUR, BERTUAH TERIMA BANTUAN KERAJAAN

  Memilih pulang ke kampung halaman selepas berkelana di luar negeri ternyata menjadi keputusan yang tepat buat Mohd Fazrul Nizam Juhari, 39, untuk mengusahakan perniagaan kedai kopi kecil-kecilan di Bandar Penawar terletak tidak jauh dari pusat pelancongan terkenal negeri, Desaru dan Tanjung Balau.   Kopinikasi yang diusahakan kini bukanlah suatu nama asing terutama bagi pecinta […]

PENDIDIKAN AGAMA BENTENG HALANG EKSTREMIS

  Bagi mengekang fahaman ekstremisme di negeri ini, pendidikan awal sekolah agama amat signifikan kepada seluruh Bangsa Johor beragama Islam terutama golongan kanak-kanak dan remaja kerana ajaran akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Aliran Al-Asyai’rah dan Al-Maturidiah yang diamalkan menerapkan nilai-nilai keharmonian dan sederhana atau wasatiyyah.   Manakala, di peringkat golongan dewasa pula, Kerajaan Negeri melalui […]