MASYARAKAT PERLU CELIK TEKNOLOGI, PERANGI JENAYAH SCAMMER

  Jenayah penipuan atas talian atau lebih dikenali scammer bukanlah sesuatu yang asing dalam kalangan masyarakat berikutan kes berkaitan isu ini sering menjadi antara ‘headline’ sama ada di media arus perdana hinggalah ke media sosial.   Pelbagai usaha telah digerakkan oleh pelbagai pihak bagi membanteras jenayah penipuan itu termasuk menjalanlan kempen kesedaran dan terkini, Program […]

PBT DIARAH FOKUS 120 HOTSPOT BANJIR

  Kerajaan Negeri menyarankan 16 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Johor memberikan tumpuan kepada usaha mengatasi isu banjir di 120 kawasan hotspot yang dikenal pasti secara berfasa.   Perancangan pembangunan baharu perlu melibatkan kajian bagi tempoh lima hingga ke 10 tahun ke hadapan meliputi sistem saliran dan perparitan yang mengambil kira keadaan untuk jangka […]

KUMPULAN PERTAMA JEMAAH HAJI RKJ BERLEPAS 18 MEI

  Seramai 500 jemaah haji Rombongan Kerajaan Johor (RKJ) dijadual berangkat ke Tanah Suci secara berperingkat bermula 18 Mei ini, untuk menunaikan Rukun Islam Kelima bagi musim haji 1445H/2024M.   Kesemua mereka merupakan antara 3,500 duyufurrahman negeri ini, yang akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum […]

JOHOR PERTINGKAT CAPAIAN INTERNET PANTAS PERCUMA

  Kerajaan Johor melancarkan perkhidmatan WiFi Premium Maju Johor bagi menaik taraf capaian internet di negeri ini, sekali gus membolehkan Bangsa Johor menikmati akses internet pantas dan meluas di beberapa lokasi menjelang Julai ini.   Inisiatif terbaharu Kerajaan Johor itu dijangka dapat memberi manfaat kepada lebih 12,000 keluarga terutamanya di 25 kawasan hotspot Program Perumahan […]

REVOLUSI TMJ 1.0 CETUS KEBANGKITAN BOLA SEPAK NEGARA

  “Rom tidak dibina dalam satu hari”. Itulah bait perkataan yang terpacul dari mulut Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota Ismail mengenai impian Baginda untuk merevolusikan arena bola sepak Johor.   Namun selepas sedekad berlalu, Baginda Tunku tidak sekadar bermain kata, tetapi lebih daripada 4.1 juta Bangsa Johor dan hampir 34 juta rakyat Malaysia menjadi […]

‘OTAI’ MASIH BERBISA

  Usia ternyata bukan penghalang asalkan sahaja ada kemahuan. Itu yang dibuktikan Milton Amat yang berjaya mengungguli Ledang Climbathon 2024 bagi kategori Lelaki Veteran 14 Kilometer (KM) bagi edisi kali ini.   Milton yang berasal dari Sabah menamatkan larian dengan catatan 2 jam 28 minit sekali gus membuktikan gelaran ‘The Most Beautiful Thing’ (TMBT) Ultra-Trail […]

MBJB TERUSKAN PROJEK NYAMUK BERWOLBACHIA KAWAL DENGGI

  Susulan keberkesanan fasa pertama pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di Program Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai dilaksanakan pada tahun 2022, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) meneruskan inisiatif sama di lokaliti ‘hotspot’ denggi dalam kawasan pentadbirannya.   Bagi fasa tersebut, sebanyak tiga juta nyamuk berkenaan telah dilepaskan dan berjaya menurunkan kes demam denggi di kawasan perumahan […]

ORANG ‘GOMEN’ PUN HANDAL BERSUKAN

  Kontinjen Daerah Kulai melakar sejarah apabila muncul Johan keseluruhan Festival Sukan Agensi dan Jabatan Negeri Johor Tahun 2024 mengatasi Johor Bahru serta Kota Tinggi masing-masing di kedudukan Naib Johan dan ketiga.   Kejayaan tersebut menyaksikan kontinjen diketuai YBhg. Fizwan Mohd Rashidi, Pegawai Daerah Kulai itu membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000 berserta piala pusingan […]

JS-SEZ BERI LIMPAHAN MANFAAT KEPADA PKS

  Penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka memberi limpahan manfaat kepada sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negeri ini, sekali gus merangsang perkembangan pesat dan menghadirkan kesan berganda terhadap ekonomi setempat.   Menerusi kemasukan teknologi dibawa masuk pelabur ke dalam zon khas itu kelak, Prof. Madya Dr. L. Nanthakumar, Pensyarah Fakulti Pengurusan dari […]

16,000 TETAMU MERIAHKAN JELAJAH ASPIRASI ORANG MUDA JOHOR @ JOHOR BAHRU

  Jelajah Aspirasi Orang Muda Johor @ Johor Bahru menampilkan kelainan tersendiri apabila diadakan dalam suasana kemeriahan Syawal dan dianjurkan bersekali dengan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Larkin.   Lebih 16,000 tetamu terdiri golongan belia mewakili sukarelawan Southern Volunteers dan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh negeri ini, menyemarakkan jelajah yang memasuki siri ketiga […]