TRANSFORMASI KAMPUNG SUNGAI MELAYU

  Berdasarkan sejarah yang diceritakan secara turun temurun, Kampung Sungai Melayu pernah dijadikan sebagai tempat perlindungan tentera Jepun selama kira-kira dua minggu pada tahun 1942 ketika Perang Dunia Kedua kerana kedudukannya yang strategik di kelilingi kawasan paya bakau dan sungai.   Pada hari ini, kewujudan kesan tapak sejarah tentera Jepun ini telah membongkar potensi kawasan […]

KEPESATAN PEMBANGUNAN LONJAK KUALITI PENDIDIKAN SETEMPAT

  Pembangunan di Iskandar Puteri terutama sekitar Kota Iskandar yang terletaknya pusat pentadbiran Negeri Johor berlaku pesat dengan terbinanya pusat komersial dan perniagaan, taman tema rekreasi, kawasan perumahan moden serta institusi pendidikan ternama dan bertaraf antarabangsa.   Kepesatan pembangunan Iskandar Puteri tidak menenggelamkan persekitaran dan potensi Kampung Sungai Melayu yang terkenal dengan keindahan alam semula […]

SYUKUR, BERTUAH TERIMA BANTUAN KERAJAAN

  Memilih pulang ke kampung halaman selepas berkelana di luar negeri ternyata menjadi keputusan yang tepat buat Mohd Fazrul Nizam Juhari, 39, untuk mengusahakan perniagaan kedai kopi kecil-kecilan di Bandar Penawar terletak tidak jauh dari pusat pelancongan terkenal negeri, Desaru dan Tanjung Balau.   Kopinikasi yang diusahakan kini bukanlah suatu nama asing terutama bagi pecinta […]

PENDIDIKAN AGAMA BENTENG HALANG EKSTREMIS

  Bagi mengekang fahaman ekstremisme di negeri ini, pendidikan awal sekolah agama amat signifikan kepada seluruh Bangsa Johor beragama Islam terutama golongan kanak-kanak dan remaja kerana ajaran akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Aliran Al-Asyai’rah dan Al-Maturidiah yang diamalkan menerapkan nilai-nilai keharmonian dan sederhana atau wasatiyyah.   Manakala, di peringkat golongan dewasa pula, Kerajaan Negeri melalui […]

GESA SPRM, PKPJ AMBIL TINDAKAN

  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) digesa bekerjasama untuk mengambil tindakan ke atas pihak tidak bertanggungjawab yang terlibat dengan penyamaran sebagai ejen menawarkan perumahan kepada rakyat.   Secara tegas, Kerajaan Negeri menyifatkan perbuatan terbabit sebagai jijik dan menjengkelkan kerana mengambil kesempatan atas kesusahan dan kesempitan orang lain sekali […]

PAMERAN BENIH KARYA FESTIVAL SENI DI PPAJ

  Karya seni 13 artis kelahiran Johor akan dipertontonkan kepada umum menerusi Program Benih Karya Festival Seni yang berlangsung di Perbadanan Perpustakaan Awam Johor (PPAJ) mulai hari ini sehingga 26 Mei ini.   Pameran karya seni ini adalah yang julung kali diadakan di PPAJ sekali gus membuka mata masyarakat mengenai peranan perpustakaan bukan terhad sebagai […]

SSI TINGKATKAN TAHAP KESELAMATAN DEMI PENYOKONG

  Keselamatan anda keutamaan kami. Itu ikrar yang dijanjikan oleh Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam menjamin tahap keselamatan semua penyokong sama ada ‘die hard fan’ Harimau Selatan mahupun peminat pasukan lawan setiap kali berkunjung ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI).   Selain keterujaan untuk menikmati ‘perlawanan pertama’ Liga Super bagi musim 2024/2025, penyokong yang […]

INSTITUSI KELUARGA TERUS DIBERI PERHATIAN

  Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia. Begitulah perumpamaan melambangkan kehebatan seorang ibu dalam mencorak kehidupan anak-anak agar menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.   Menginsafi peranan seorang ibu tiada taranya, seramai kira-kira 500 ibu diraikan pada Sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri Johor yang menjadi wadah terbaik bagi menghargai sumbangan dan […]

MISKIN TEGAR JOHOR MENURUN HAMPIR 40 PERATUS

  Jumlah miskin tegar menurun daripada 4,378 kepada 2,647 Ketua Isi Rumah (KIR) iaitu penurunan sebanyak 39.5 peratus, hasil usaha pasukan petugas yang ditubuhkan untuk memutihkan data miskin tegar secara besar-besar pada tahun lalu.   Meskipun positif dengan penurunan tersebut, Kerajaan Negeri memohon Ahli-Ahli Dewan Negeri Johor melakukan semakan ke atas data sedia ada seterusnya […]

TAMBAH PERUNTUKAN RM840,000 UNTUK SEMARAK SUBUH

  Kerajaan Negeri bersetuju menambah peruntukan sebanyak RM840,000 berikutan sambutan luar biasa diterima daripada masyarakat Islam termasuk golongan muda di negeri ini, terhadap program Semarak Subuh.   Peruntukan tersebut merupakan tambahan kepada RM560,000 diumumkan Kerajaan Negeri dalam Belanjawan Johor 2024 untuk dilaksanakan sepanjang tahun ini sekali gus menjadikan keseluruhan berjumlah RM1.4 juta.   Sehingga minggu […]