SOUTHERN VOLUNTEERS PERLUAS BAKTI KE SELURUH KAMPUNG

  Southern Volunteers (SV) terus memperkasakan peranannya selepas diperluaskan ke peringkat belia luar bandar melibatkan 667 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di seluruh Negeri Johor, dengan jangkaan kira-kira 16,675 keahlian baharu.   Menerusi pelancaran SV JPKK, aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawanan yang sinonim dengan gerakan sukarelawan itu akan dapat diperhebat seterusnya digerakkan 25 ahli SV […]

SEMARAK SUBUH PALOH PAMER SISI MUAFAKAT JOHOR

  Masjid An-Nur Ladang Kekayaan menjadi antara masjid dan surau di daerah Kluang terpilih bagi pelaksanaan program Semarak Subuh Minggu Kelapan untuk kawasan DUN Paloh yang diwakili oleh YB Lee Ting Han, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Johor.   Meskipun bukan wakil rakyat beragama Islam, Ahli Dewan Negeri Johor […]

KEMPEN DERMA DARAH YAYASAN KPRJ TERIMA SAMBUTAN MENGGALAKKAN

  Program derma darah anjuran Yayasan KPRJ mendapat sambutan memberangsangkan daripada pelbagai lapisan masyarakat yang hadir ke Eco Galleria, Iskandar Puteri, melakukan pendermaan darah bagi menambah bekalan darah di hospital.   Suri rumah, V. Nagarani, 42, berkongsi telah menderma darah buat pertama kali ketika berusia 36 tahun dan kemudiannya berbuat sedemikian setiap tiga bulan sekali […]

BUDAYA AL-QURAN PENJAWAT AWAM JOHOR TERUS JADI AMALAN

  Kerajaan Johor meneruskan amalan membudayakan al-Quran bagi menyemarakkan penghayatan kandungan al-Quran dalam kalangan penjawat awam beragama Islam di negeri.   Berlangsung selama satu jam pada setiap hari Khamis, amalan dianjurkan menjadi aktiviti yang dapat memberikan pengisian rohani seluruh jabatan agensi Kerajaan Negeri.   Bacaan Surah Al-Baqarah ayat 30 hingga 37 serta Surah Al-Kahfi ayat […]

KEPRIHATINAN KERAJAAN NEGERI AMAT DIHARGAI

  Komitmen Kerajaan Negeri dalam memperjuangkan pembinaan bangunan sementara Sekolah Kebangsaan (SK) Perigi Acheh, dekat Pasir Gudang demi keselesaan warga pendidik dan murid sekolah berkenaan, disambut baik.   Bekas Guru Besar SK Perigi Acheh, Sitara Komaise, 49, menyifatkan pengumuman tersebut amat dinanti-nantikan oleh warga sekolah itu yang menginginkan persekitaran lebih selesa dan kondusif bagi menjalani […]

PRIHATIN ISU SK PERIGI ACHEH, BANGUNAN SEMENTARA BAKAL DIBINA

  Isu struktur bangunan dan tanah yang tidak selamat kepada warga pendidik serta murid Sekolah Kebangsaan (SK) Perigi Acheh, Pasir Gudang diberikan perhatian oleh YB Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor.   Prihatin dengan kepayahan warga sekolah berkenaan yang kini terpaksa menumpang sementara di SK Tanjung Langsat, isu terbabit terus diperjuangkan oleh […]

ILTIZAM KUAT KERAJAAN NEGERI SELESAI PROJEK SAKIT, TERBENGKALAI TAHUN INI

  Kerajaan Johor terus komited dalam memastikan lima projek sakit dan satu projek terbengkalai melibatkan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah kira-kira RM700 juta untuk diselesaikan pada tahun ini.   YB Dato’ Mohd Jafni Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor memaklumkan Kerajaan Negeri mengambil tindakan proaktif bersama pelbagai agensi di peringkat negeri […]

KERAJAAN NEGERI KOMITED PERKASA USAHAWAN IAT

  Agenda pemerkasaan usahawan Industri Asas Tani (IAT) baharu dan sedia ada terus menjadi perhatian Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Pertanian Negeri Johor dengan penyediaan pelbagai bantuan serta bimbingan bagi meningkatkan pengeluaran, kebolehpasaran dan hasil jualan produk.   Syarikat pengeluar minuman tempatan ‘Haos Ek?’ merupakan antara usahawan yang menerima bantuan di bawah Program IAT dengan peruntukan […]

SPORT KITE BAKAL HIASI LANGIT PASIR GUDANG

  Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG) 2024 kali ke-26 yang bakal membuka tirai bermula 24 Februari hingga 3 Mac ini, bakal menyaksikan layang-layang jenis ‘sport kite’ menghiasi ruang udara Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang.   ‘Sport kite’ yang turut dikenali dengan ‘stunt kite’ menjadi antara tarikan penganjuran festival berprestij disenaraikan dalam kalendar pelancongan Negeri Johor […]

THE GREATER JB PACU JOHOR BAHRU BANDAR RAYA PILIHAN DUNIA

  Kerjasama erat empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam ‘The Greater JB’ amat signifikan dalam memastikan kejayaan pelaksanaan agenda berkenaan seperti dihasratkan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor.   Kesemua PBT tersebut adalah Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dan Majlis Perbandaran Kulai […]