JUALAN KASIH JOHOR TERIMA SAMBUTAN LUAR BIASA

  Inisiatif Kerajaan Negeri mengadakan Jualan Kasih Johor sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang bakal menjelma beberapa hari lagi menerima sambutan luar biasa dalam kalangan masyarakat setempat.   Bagi pesara, Ibrahim Abdul Karim, 75, menyambut baik usaha Kerajaan Negeri membantu meringankan kos sara hidup rakyat pada ketika ini menerusi inisiatif tersebut.     “Sangat-sangat berbaloi. […]

TEATER TITIS, BATTLE OF ENDAU IMBAU MEMORI PERANG MALAYA

  Yayasan Warisan Johor (YWJ) buat julung kalinya menganjurkan pementasan teater Titis, Battle of Endau arahan dan olahan skrip karya oleh Hariry Jalil di Dewan Utama, Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Yayasan Warisan Johor pada 23 Februari dan 24 Februari 2024.   Pementasan teater moden selama dua jam dengan penampilan khas pelakon wanita, Azizah Mahzan […]

KEHARMONIAN BANGSA JOHOR TERUS JADI KEUTAMAAN KERAJAAN NEGERI

  Kerajaan Negeri akan terus komited untuk menjadikan Keharmonian Bangsa Johor sebagai antara agenda utama selari dengan konsep Muafakat Bangsa Johor yang telah diterapkan di negeri ini sejak sekian lama.   YB Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, memaklumkan satu Jawatankuasa Harmoni Peringkat Negeri Johor telah ditubuhkan pada November tahun lalu […]

AGENDA ‘PERIUK NASI SELATAN’ SUMBANG KESTABILAN BEKALAN MAKANAN

  Kerajaan Negeri terus komited menjayakan agenda ‘Periuk Nasi Selatan’ dengan mewujudkan kawasan sawah padi baharu yang diyakini mampu menyumbang kepada kestabilan bekalan makanan di negeri ini, bagi jangka masa panjang.   YB Dato’ Zahari Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor memaklumkan peruntukan sebanyak RM900,000 telah diberikan kepada […]

SERAHAN KUNCI PR1MA LARKIN INDAH PADA 1 MAC INI

  Pembeli rumah di pangsapuri PR1MA Residensi Larkin Indah, kini boleh menarik nafas lega apabila isu berkaitan penyerahan kunci kediaman strata itu akan diselesaikan menjelang 1 Mac ini.   YB Dato’ Mohd Jafni Mohd Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, memaklumkan penangguhan penyerahan kunci kepada pembeli disebabkan isu permasalahan dokumentasi bagi kelulusan […]

477 PEGAWAI, ANGGOTA APM JOHOR TERIMA PINGAT JASA DIKENANG

  Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Johor menyempurnakan pemakaian Pingat Jasa Dikenang kurniaan KDYMM Seri Paduka Baginda, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kepada 477 pegawai dan anggota di pelbagai peringkat.   Pingat berkenaan diperkenalkan dan dikurniakan Seri Paduka Baginda, khas sebagai menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan di negeri ini, memerangi penularan COVID-19.   Majlis […]

RM3 JUTA TINGKAT PRODUKTIVITI SAWAH PADI JOHOR

  Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan menyalurkan peruntukan berjumlah RM3 juta dalam masa terdekat, bagi menjayakan Pelan Pembangunan Industri Padi dan Beras : Periuk Nasi Selatan.   Perkara itu dimaklumkan oleh YB Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada program lawatan ke tapak projek penanaman padi Negeri Johor di Homestay […]

YANG DI-PERTUAN AGONG TONGGAK SYIAR ISLAM

    Syiar Islam di Negeri Johor terus berkembang dengan kepelbagaian usaha daripada Kerajaan Negeri memartabatkannya. Di bawah naungan DYMM Sultan Johor sebagai Ketua Agama Islam Negeri, pemerkasaan syiar Islam giat dilakukan demi pembangunan umatnya dan ummah.   Komitmen tinggi Kerajaan Negeri terhadap usaha memartabat syiar Islam diterjemahkan menerusi peruntukan dalam belanjawan negeri bagi pengurusan […]

MBJB BEKU PERMOHONAN LESEN PERNIAGAAN BERISIKO TINGGI ATAU SENSITIF

  Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) memutuskan untuk membekukan semua permohonan lesen perniagaan berisiko tinggi dan sensitif di kawasan pentadbirannya berkuat kuasa semalam, berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan pada 17 Januari lalu.   YB Dato’ Mohd Noorazam Osman, Datuk Bandar MBJB memaklumkan tindakan pembekuan permohonan terbabit melibatkan aktiviti atau jenis perniagaan antaranya spa, rawatan atau […]

PEMIMPIN DUNIA SEMBAH UCAP TAHNIAH KEPADA YANG DI-PERTUAN AGONG

  KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memiliki kebitaraan diplomasi dan hubungan baik bersama negara luar serta sering menerima mengadap pemimpin dunia termasuk para diplomat kanan dan duta besar dari kebanyakan negara.   Seusai melafaz sumpah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong Ke-17, Seri Paduka Baginda menerima ucapan tahniah daripada Pemerintah United Kingdom […]