JERSI JDT MUSIM 2025/2026 TAMPIL EKSKLUSIF, LEBIH ‘GARANG’

  #IskandarPuteri – ‘Ikonik, elegan, tradisi, patriotik dan naluri sang penakluk’. Itu antara paparan adunan yang dapat ditafsirkan menerusi reka bentuk pengenalan jersi baharu yang bakal digunakan oleh Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi musim 2025/2026.   Dengan semangat ‘Sky Was Never The Limit’, rekaan jersi baharu JDT musim ini tampil lebih eksklusif, moden […]

JOHOR ANJUR MARATON BERTARAF ANTARABANGSA NOVEMBER INI

  #JohorBahru – Lebih 8,000 peserta terdiri daripada atlet profesional dan pelari rekreasi dari dalam dan luar negara disasarkan menyertai edisi sulung Maraton Antarabangsa Johor Bank Rakyat (BRJIM) 2025 dijadualkan berlangsung di Kota Jail pada 8 dan 9 November ini.   Penganjuran acara bertaraf antarabangsa dengan Bank Rakyat selaku rakan penaja utama itu menjadi platform […]

JOHOR MOTORSPORTS RACING BERJAYA HARUNGI PERLUMBAAN CABARAN 24 JAM SPA-FRANCORCHAMPS

  #IskandarPuteri – Pasukan Johor Motorsports Racing (JMR) mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menamatkan perlumbaan lasak 24 Jam Spa-Francorchamps di Belgium antara perlumbaan paling mencabar dalam dunia sukan permotoran.   Jentera Chevrolet Corvette Z06 GT3.R dipandu YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan […]

24 JAM SPA-FRANCORCHAMPS BAKAL UJI TUNKU PANGLIMA JOHOR DAN TUNKU PUTERA JOHOR

  #IskandarPuteri – YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor akan menggalas cabaran di perlumbaan 24 Jam Spa-Francorchamps di Belgium.   Mewakili Johor Motorsports Racing (JMR) sebagai pasukan tunggal dari Malaysia, paduka anakanda KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan […]

JOHOR JUARA BOLA SEPAK MAKSAK KEBANGSAAN 2025

  #IskandarPuteri – Pasukan bola sepak Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Negeri Johor mengharumkan nama negeri apabila dinobatkan sebagai juara Kejohanan Bola Sepak MAKSAK Peringkat Kebangsaan 2025 yang berlangsung pada 12 hingga 14 Jun lalu di Kota Bharu, Kelantan.   Kejohanan kali ini menyaksikan pasukan Johor berjaya menampilkan persembahan yang konsisten apabila […]

JOHOR TANGKAK CUP 2025 SERLAH BAKAT AKAR UMBI WANITA

  #Tangkak – Akademi Tunas (AT) Wanita Johor A mengukir kejayaan manis apabila dinobatkan sebagai juara Kejohanan Johor Tangkak Cup 2025 bagi kategori Cup Wanita selepas menewaskan pasukan Velocity B dalam aksi akhir yang berlangsung di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Ledang, Tangkak, baru-baru ini.   Kejayaan ini sekaligus membuktikan bahawa bakat wanita dalam arena […]

HAMPIR 2,000 PESERTA MERIAHKAN KBK25

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) terus memperkukuh amalan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat menerusi pembangunan berimpak tinggi seperti Kulai Cycling Park yang kini muncul sebagai hab sukan komuniti dan destinasi pelancongan rekreasi terbaharu di negeri ini.   Penganjuran Karnival Berbasikal Kulai 2025 (KBK25) di lokasi berkenaan pada hujung […]

JMR RAIH KEMENANGAN KEDUA DI THAILAND

  #IskandarPuteri – Johor Motorsports Racing (JMR) mengukuhkan kedudukan dalam siri GT World Challenge Asia dengan kejayaan Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor meraih kemenangan di Litar Antarabangsa Chang, Thailand.   Menerusi Ben Green, pelumba profesional dari Britain memacu jentera Chevrolet Corvette Z06 GT3.R, pasukan telah beraksi cemerlang […]

JOHOR CADANG DUTA SUKAN BAGI BOLA KERANJANG

  #JohorBahru – Kerajaan Negeri bakal meneliti cadangan untuk menambah Duta Sukan Johor bagi bola keranjang dalam usaha mengangkat sukan berkenaan ke tahap lebih tinggi, sebelum akan disembah kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.   Bagi tujuan tersebut, Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) berhasrat untuk bekerjasama dengan Persatuan Bola Keranjang […]

JOHOR LAKAR SEJARAH ANJUR KEJOHANAN BERBASIKAL KEBANGSAAN 2025

  #IskandarPuteri – Buat julung kalinya acara berbasikal terbesar di Malaysia, Kejohanan Berbasikal Kebangsaan Trek dan Lebuhraya 2025 akan dilangsungkan di Velodrom Johor, Iskandar Puteri dan daerah Muar bermula 21 Mei ini.   Kejohanan peringkat kebangsaan anjuran Persatuan Berbasikal Negeri Johor (PBNJ) bersama Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN), Kementerian […]