DELEGASI PKPJ KUNJUNG TSUK PEMBANGUNAN
ISKANDAR PUTERI — Delegasi Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) semalam mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan), YB Dato’ Mohammed Ridha Dato’ Abd Kadir.
Delegasi PKPJ yang diketuai Ketua Eksekutifnya, Datin Paduka Dr Suhailizan Suliman turut menyentuh pelbagai perkara termasuk sasaran, pelan tindakan, perancangan serta hala tuju jabatan kerajaan berkenaan pada masa akan datang pada perbincangan yang berlangsung sekitar dua jam.
Hadir sama ialah Ketua Pegawai Operasi, Mohd Anizam Jamian; Ketua Pegawai Pembangunan, Dr Mohd Shahrizan Sahid dan Setiausaha Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri Johor (BPENJ), Dr Amirul Haffiz Ariff.
Dalam kenyataan di laman sosial rasmi Facebooknya berkata, pada kunjungan hormat itu juga turut dibincangkan berkaitan gerak kerja yang telah dan akan dilaksanakan menerusi Dasar Perumahan Rakyat Johor yang menjadi aspirasi seluruh warga PKPJ.
Ia menjadi tekad bagi PKPJ dalam usaha menjayakan Agenda Maju Johor dari aspek perumahan dan hartanah demi kesejahteraan rakyat Johor secara keseluruhan.
PKPJ berharap menerusi pandangan, lontaran idea, segala input yang diterima pada sesi kunjungan hormat ini akan dapat membantu dalam pelaksanaan perancangan jabatan berkenaan pada masa akan datang.
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor