DUA PPS DI KOTA TINGGI DITUTUP JAM 1 PETANG TADI


Dua Pusat Pemindahan Sementara di Kota Tinggi ditutup jam 1 petang, hari ini | Sumber Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor.

 

ISKANDAR PUTERI — Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kota Tinggi ditutup jam 1 petang tadi.

PPS tersebut adalah Dewan Kampung Baru Sungai dan Dewan Muafakat Bandar Penawar.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah memaklumkan setakat jam 1 petang tadi, hanya dua daerah iaitu Segamat dan Mersing masih terjejas dengan banjir.

PPS Balairaya Kampung Batu Badak, Balairaya Kampung Kuala Paya dan Dewan Komuniti Kampung Tasek di Segamat menempatkan 20 keluarga terdiri 74 penduduk.

Manakala PPS Sekolah Agama Pangkalan Batu menempatkan tiga keluarga dengan 16 penduduk.

Keseluruhan jumlah mangsa banjir yang berada di empat PPS adalah 23 keluarga terdiri 88 penduduk di dua daerah.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor