DUTA SEJAHTERA ‘FRONTLINERS’ MBJB


YB Dato’ Mohd Noorazam Osman, Datuk Bandar MBJB melancarkan program Duta Sejahtera Johor Bahru.

 

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menyemarakkan aktiviti kesukarelawanan menerusi program Duta Sejahtera Johor Bahru (DUTRA JB) bagi memupuk kehidupan bermasyarakat dalam kalangan penduduk Johor Bahru.

 

DUTRA JB yang dilantik berperanan menerajui aktiviti kesukarelawanan dan kemasyarakatan dalam kawasan MBJB bagi mendokong dan menjayakan visi ‘Sukarelawan Bandar Raya Pencetus Kelestarian Komuniti’.

 

Sambutan menggalakkan juga diterima apabila kira-kira 70 peserta telah mendaftar sebagai sukarelawan di bawah program DUTRA JB yang akan menyalurkan tenaga menyokong aktiviti sosial dan komuniti di kawasan pentadbiran MBJB.

 

Selain itu, DUTRA JB juga berperanan dalam misi bantuan bencana, ejen penyebaran maklumat berkaitan kempen dan program MBJB sekali gus berupaya menerapkan nilai kekitaan atau ‘sense of belonging’ dalam kalangan warga bandar raya.

 

DUTRA JB berpeluang mendekati masyarakat Johor Bahru menerusi penglibatan mereka di dalam program JB City Neon Recreational Night, JB Car Free Morning, Gotong Royong Johor Bersih serta gerak mesra bersama Ahli Majlis MBJB.

 

Terdahulu, YB Dato’ Mohd Noorazam Osman, Datuk Bandar MBJB melancarkan program Duta Sejahtera Johor Bahru selepas Mesyuarat Penuh MBJB Bil.9/2024 di Menara MBJB, pada Rabu.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor