DYMM PERMAISURI JOHOR RASMI THE JOHOR COLLECTION


 

Perasmian pusat cenderahati pertama ‘The Johor Collection’ (TJC), di Jalan Dhoby, hari ini. | Foto ihsan Royal Press Office

 

DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, hari ini, berkenan berangkat dan menyempurnakan perasmian pusat cenderahati pertama mengetengahkan koleksi barangan beridentitikan Johor, ‘The Johor Collection’ (TJC).

 

Turut hadir, Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi dan isterinya, Datin Sharmin Fazlina Mohd Shukor berserta Setiausaha Kerajaan Johor, YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani dan isterinya, Puan Sri Datin Dr. Azizah Abd Latiff.

 

Pengurus Kanan TJC, Muhammad Ammar Akmal Senan memaklumkan persiapan pembukaan premis TJC di Jalan Dhoby, mengambil masa dua bulan dan hanya menawarkan produk daripada lima usahawan utama untuk dipasarkan secara eksklusif.

 

Selain itu, terdapat ruang pameran produk bagi usahawan batik ‘ecoprint’ dari Kulai, usahawan gasing dari Segamat, usahawan gambus dari Batu Pahat selain seni ukiran dan tenunan dari Yayasan Warisan Johor (YWJ) di premis TJC.

 

Sejak semalam, TJC ilham DYMM Permaisuri Johor yang ditubuhkan sejak tahun 2019 dan sudah berkolaborasi dengan ramai usahawan tempatan itu sudah menerima pelanggan malah hasil jualan diraih turut berjaya mencapai sasaran.

 

Pusat Cenderahati ‘The Johor Collection’

📍: 28, Jalan Dhoby, 80000 Johor Bahru, Johor
⏰: 9 pagi – 8 malam (Tutup hari Isnin)
📲: 019-5404503

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor