PIPC TERUS JADI PILIHAN PELABUR


Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, Lee Ting Han memaklumkan pembangunan PIPC di Pengerang juga mampu mencipta sehingga 10,000 peluang pekerjaan menjelang tahun 2030. | Foto MDJ Bayu Anggara.

 

Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) menerima pelaburan hampir RM140 bilion sekali gus mencapai 90 peratus sasarannya, setakat fasa pertengahan pelaksanaan Pelan Induk PIPC (2012-2037).

 

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, Lee Ting Han memaklumkan pembangunan PIPC di Pengerang juga mampu mencipta sehingga 10,000 peluang pekerjaan menjelang tahun 2030.

 

Kerajaan Johor sentiasa bekerjasama erat dengan Kerajaan Persekutuan bagi membangunkan Pengerang sebagai hab kimia dan petrokimia negara dan rantau ini, selari Pelan Induk Industri Baharu (NIMP) dan Pelan Hala Tuju Industri Kimia 2030.

 

Insentif menarik kepada bakal pelabur juga sudah dirangka seperti kadar istimewa untuk cukai pendapatan, elaun cukai pelaburan serta pengecualian duti setem dan duti import terutama syarikat dengan pelaburan minimum RM500 juta dan pemaju kawasan perindustrian di Pengerang.

 

Selain itu, terdapat tujuh lagi projek berpotensi membuat pelaburan di PIPC antaranya melibatkan ‘solar farm’, penghasilan plastik lestari serta beberapa lagi fasiliti berkaitan kimia dan petrokimia yang kini di peringkat perbincangan.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor