SASAR TINGKAT PENGELUARAN TANAMAN MAKANAN UTAMA TAHUN 2027


Kerajaan Johor menyasarkan peningkatan pengeluaran sayur-sayuran fokus antaranya cili, halia, bendi, kacang panjang, sawi dan timun sebanyak 39.9 peratus. | Foto MDJ Bayu Anggara.

 

Kerajaan Negeri menyasarkan peningkatan buah-buahan fokus seperti betik, durian, nanas, pisang, tembikai, nangka dan kelapa sebanyak 33.61 peratus bersamaan 230,436 tan metrik pada tahun 2027.

 

Selain itu, Kerajaan Negeri menyasarkan peningkatan pengeluaran sayur-sayuran fokus antaranya cili, halia, bendi, kacang panjang, sawi dan timun sebanyak 39.9 peratus bersamaan 44,977 tan metrik untuk tempoh sama.

 

Bagi mencapai sasaran, Kerajaan Negeri menerusi pelbagai agensi menyediakan insentif bagi membantu petani melaksanakan aktiviti tanaman berkenaan yang menyumbang kepada peningkatan kuantiti dan kualiti hasil.

 

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip memaklumkan usaha meningkatkan komoditi buah-buahan dan sayur-sayuran itu menjadi salah satu KPI dalam Agenda Jaminan Bekalan Makanan Negeri Johor.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor