ECONSAVE SOKONG USAHA KERAJAAN ATASI ISU KEKURANGAN BEKALAN


Pasaraya Econsave mengakui menerima bekalan seperti beras tempatan, minyak paket dan telur yang terhad daripada pembekal.

 

Pasaraya Econsave yang memiliki 18 cawangan di negeri ini, terus komited untuk memastikan bekalan barangan keperluan asas adalah mencukupi bagi menampung permintaan daripada pelanggan.

 

Mengakui menerima bekalan seperti beras tempatan, minyak paket dan telur yang terhad daripada pembekal, Pengurus Besar Econsave, Mas Imran Adam memaklumkan pihak pasaraya berusaha menambah kuantiti tempahan.

 

“Buat masa ini, pihak kami memang menambah kuantiti tempahan dan berharap pihak pembekal dapat menghantarnya mengikut tempahan kami. Pihak ibu pejabat kami juga (sekarang) sedang berhubung rapat dengan pihak penbekal dan agensi kerajaan untuk memastikan kami mendapat bekalan yang mencukupi,” kata beliau kepada Media Digital Johor.

 

Tambah beliau, adalah menjadi harapan Pasaraya Econsave agar isu kekurangan bekalan barangan keperluan asas itu dapat diselesaikan segera.

 

“Memandangkan sekarang ini rakyat ramai yang terjejas terutama golongan B40 dan juga para peniaga kecil. Pihak Econsave akan terus menyokong usaha kerajaan untuk perkara ini,” kata Mas Imran.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor