EMPAT PERKARA DIBINCANGKAN BERSAMA MENTERI SINGAPURA


Empat perkara penting dibincangkan melibatkan kerjasama Johor dan Singapura dalam pertemuan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi bersama Menteri Kemampanan dan Sekitaran Singapura, Grace Fu Hai Yien | Sumber gambar Facebook Onn Hafiz Ghazi.

 

ISKANDAR PUTERI — Empat perkara penting dibincangkan melibatkan kerjasama Johor dan Singapura dalam pertemuan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi bersama Menteri Kemampanan dan Sekitaran Singapura, Grace Fu Hai Yien.

 

Onn Hafiz berkata, empat perkara tersebut adalah kredit karbon, keterjaminan makanan, kebersihan sungai dan mitigasi banjir.

 

“(Menteri) Grace Fu menyambut baik hasrat kerajaan negeri untuk bekerjasama dalam sektor yang disebutkan, dan perbincangan ini akan dilanjutkan ke peringkat yang seterusnya oleh agensi berkenaan,” kata beliau dalam Facebook rasminya, hari ini.

 

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor serta Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, K. Raven Kumar.

 

Selain itu, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Dato’ Dr. Azfar Mohamad Mustafar dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan), Dato’ Mohamed Ridha Abd Kadir.

 

Hadir sama, Ketua Eksekutif, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Dato’ Dr. Badrul Hisham Kassim serta Ketua Pegawai Eksekutif, Johor Economic, Tourism and Cultural Office Singapore (JETCO), Saifuddin Abdul Rahim.

 

Pertemuan bersama Grace Fu menjadi antara agenda delegasi Kerajaan Johor diketuai Onn Hafiz dalam lawatan kerja rasmi ke Singapura selama tiga hari yang bermula 12 Februari lalu.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor