30 SEKOLAH JOHOR KUMPUL 24,000 KG BOTOL KACA TERBUANG


30 sekolah di negeri Johor berjaya mengumpul sebanyak 24,000 kilogram (KG) botol kaca terbuang dalam tempoh empat bulan / Gambar Ihsan SWM Environment Sdn Bhd.

 

ISKANDAR PUTERI — 30 sekolah di negeri Johor berjaya mengumpul sebanyak 24,000 kilogram (KG) botol kaca terbuang dalam tempoh empat bulan.

Pengumpulan botol kaca terbabit adalah sebahagian daripada Pertandingan Jom Kita Semula Botol Kaca anjuran SWM Environment Sdn Bhd dengan kerjasama Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan O-I BJC Glass Malaysia.

Pada pertandingan itu, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa, Pontian muncul juara Kategori Kutipan Kitar Semula Botol Kaca apabila berjaya mengumpul 4,600 kg sisa pepejal berkenaan.

Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Mendapat, Batu Pahat pula memenangi tempat pertama bagi Kategori Sudut Kitar Semula.

Sementara itu, SK Taman Suria, Johor Bahru pula muncul johan bagi Kategori Poster Kitar Semula Botol Kaca.

Murid SK Bukit Mutiara Johor Bahru, Danish Rayyan Ahmad Naquib dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Pembentang Terbaik manakala Guru SJKT Taman Tun Aminah, S Sarasangi pula menerima Anugerah Khas Guru Inovatif.

Pada pertandingan yang diadakan itu, SK Penyabong, Mersing pula dipilih sebagai Sekolah Harapan berikutan daya usaha mereka sepanjang pertandingan berkenaan berlangsung.

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor