477 PEGAWAI, ANGGOTA APM JOHOR TERIMA PINGAT JASA DIKENANG


YAS KPj. (PA) Datuk Aminurrahim Mohamed, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia menyerahkan Pingat Jasa Dikenang kepada pegawai dan anggota. | Foto MDJ Nurina Aisyah

 

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Johor menyempurnakan pemakaian Pingat Jasa Dikenang kurniaan KDYMM Seri Paduka Baginda, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kepada 477 pegawai dan anggota di pelbagai peringkat.

 

Pingat berkenaan diperkenalkan dan dikurniakan Seri Paduka Baginda, khas sebagai menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan di negeri ini, memerangi penularan COVID-19.

 

Majlis Pemakaian Pingat Jasa Dikenang kepada warga APM Negeri Johor itu disempurnakan oleh YAS KPj. (PA) Datuk Aminurrahim Mohamed, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia di Muar, hari ini.

 

Terdahulu, kurniaan pingat berkenaan disampaikan oleh YB Dato’ Dr. Abdul Rahim Ramli, Yang DiPertua Jumaah Majlis DiRaja Johor kepada tujuh jabatan dan agensi dalam satu majlis di Kota Iskandar, Disember lalu.

 

APM Negeri Johor memainkan peranan signifikan semasa pandemik COVID-19 menerusi pengurusan di pusat kuarantin dan pusat pemberian vaksin (PPV) selain mengawal keselamatan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor