KETUA KAMPUNG BAKAL DIBERIKAN TAULIAH SEBAGAI AMIL

YB Tuan Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor merasmikan pembukaan Muzakarah Zakat Kebangsaan 2025 Kali Ke-11 sempena Sambutan 100 tahun MAINJ. | Foto MDJ Wira Anggara
#JohorBahru – Kerajaan Negeri terus komited dalam memperkasa peranan ketua kampung termasuk memberikan tauliah sebagai Amil mulai September ini, bagi memantapkan lagi ekosistem pengurusan dan agihan zakat di peringkat kampung.
Pemerkasaan melibatkan lebih 800 ketua kampung di seluruh Johor itu untuk memastikan rakyat khususnya golongan asnaf dapat mengakses maklumat dan memohon bantuan zakat dengan lebih cepat tanpa kekangan lokasi atau prosedur rumit.
Peranan Ketua Kampung sebagai Amil juga akan meningkatkan keberkesanan proses semakan dan agihan selain menghapuskan jurang komunikasi antara rakyat dengan institusi zakat sekali gus memperkukuh keyakinan pembayar serta penginfaq.
Sementara itu, satu kajian taraf hidup semasa telah dijalankan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dengan nasihat pakar perunding bagi memastikan kadar bantuan zakat kekal relevan dan mampu memberi kelegaan kepada penerima.
Terdahulu, YB Tuan Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor merasmikan pembukaan Muzakarah Zakat Kebangsaan 2025 Kali Ke-11 sempena Sambutan 100 tahun MAINJ, hari ini.
Muzakarah yang menghimpunkan wakil dari seluruh negeri dan peserta dari Indonesia itu menekankan kepentingan permerkasaan kutipan serta agihan zakat termasuk aspek penyampaian bantuan agar lebih teratur, mesra penerima dan memberi kesan positif kepada asnaf.
#MuzakarahZakatKebangsaan
#KetuaKampung
#Amil
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor