KURANGKAN AKTIVITI LUAR SUSULAN IPU TIDAK SIHAT

Pada masa sama, semua pihak diseru supaya tidak melakukan pembakaran terbuka yang boleh memburukkan lagi keadaan pencemaran udara. | Foto Jabatan Alam Sekitar
#IskandarPuteri – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan mengurangkan aktiviti fizikal di luar susulan kualiti udara semasa yang berada pada kategori tidak sihat di kebanyakan tempat.
Setakat jam 8 pagi hari ini, tujuh daripada lapan stesen pemantauan kualiti udara di Johor merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat, manakala satu lagi berada pada tahap Sederhana.
Golongan berisiko khususnya individu yang mempunyai masalah pernafasan serta mereka yang mengalami ketidakselesaan akibat jerebu disaran mengehadkan aktiviti di luar rumah.
Orang ramai turut dinasihatkan memakai pelitup muka yang bersesuaian apabila berada di luar selain memastikan pengambilan air yang mencukupi bagi mengekalkan hidrasi badan.
Pada masa sama, semua pihak diseru supaya tidak melakukan pembakaran terbuka yang boleh memburukkan lagi keadaan pencemaran udara.
Terdahulu, YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor mengingatkan orang ramai supaya menjaga kesihatan diri dan keluarga serta mengikuti perkembangan bacaan IPU dan nasihat pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
#JohorSafeZone
#FenomenaElNino
#Jerebu
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


